Date Release: 28/8/2023
Adakah normal pedih ulu hati sewaktu hamil?
Pedih ulu hati adalah perkara biasa sewaktu hamil. Hormon sewaktu hamil membuatkan injap di pintu masuk perut mengendur sehingga tidak menutup seperti yang sepatutnya. Ini membolehkan kandungan perut berasid naik ke esofagus, keadaan ini dikenali sebagai refluks gastroesophageal (GER) atau refluks asid.
Cara untuk mengurangkan kesakitan pedih ulu hati ialah:
- Elakkan mengambil makanan dan minuman yang boleh memburukkan keadaan seperti sitrus; makanan pedas, berlemak, kafein dan minuman berkarbonat (bergas)
- Makan dengan perlahan
- Makan beberapa hidangan kecil sepanjang hari
- Elakkan makan atau minum 3 jam sebelum tidur
- Berjumpalah dengan doktor tentang ubat-ubatan yang selamat untuk diambil bagi mengatasi masalah pedih ulu hati semasa kehamilan
- Elakkan berbaring selepas makan
Punca pedih Ulu Hati sewaktu hamil adalah kerana :
- Hormon : Hormon berubah semasa kehamilan, dan ia menjejaskan dan melambatkan proses mencerna makanan. Makanan bergerak lebih perlahan dan menyebabkan kembung perut dan pedih ulu hati.
- Rahim dan kandungan membesar : Apabila bayi semakin membesar, rahim juga turut membesar dan ia boleh menyesakkan (memenuhi) perut dan menolak asid perut ke atas, ke dalam esofagus. Itulah sebabnya pedih ulu hati lebih kerap berlaku semasa trimester ketiga, beberapa bulan terakhir kehamilan.
- Progesteron atau hormon kehamilan, boleh menyebabkan sphincter esofagus bawah berehat. Apabila ia mengendur, asid perut boleh naik ke dalam esofagus.
Ciri-ciri anda mengalami pedih ulu hati ialah:
- Anda rasa terbakar di dada atau sakit di bahagian dada
- Kerap Sendawa
- Terasa kembung
- Rasa sakit
Pedih ulu hati semasa hamil adalah gejala kehamilan yang biasa, terutamanya pada trimester ketiga. Buat beberapa perubahan pada diet harian anda. Bagi mengurangkan pedih ulu hati ini, yogurt dan susu dapat membantu melegakan pedih ulu hati ini.