Skip to content

Date Release: 6/9/2023

Fetal Distress 

 

Fetal Distress ialah petanda bayi dalam kandungan tidak sihat. Ia berlaku apabila bayi tidak menerima oksigen yang mencukupi melalui plasenta (uri). 

 

Fetal Distress boleh menyebabkan bayi bernafas dalam cecair amniotik yang mengandungi mekonium (najis bayi). Ini boleh menyukarkan mereka untuk bernafas selepas lahir, atau mungkin berhenti bernafas. 

 

Kadangkala Fetal Distress boleh berlaku semasa kehamilan, tetapi ia lebih biasa berlaku semasa bersalin. 

 

Risiko berlakunya Fetal Distress adalah tinggi sekiranya : 

  • Ibu obese 
  • Merokok 
  • Ibu mempunyai masalah diabetes, penyakit buah pinggang 
  • Kehamilan kembar 
  • Pre-eclampsia & Ibu mempunyai masalah tekanan darah tinggi 
  • Bayi mempunyai masalah IUGR 

 

Punca berlakunya Fetal Distress : 

  • bayi tidak menerima oksigen yang mencukupi kerana terdapat masalah dengan plasenta atau masalah dengan tali pusat. 
  • Ibu mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, penyakit buah pinggang  
  • Kontraksi terlalu kuat & Kehamilan yang terlalu lama 

 

Fetal Distress didiagnosis dengan memeriksa degupan jantung bayi dalam kandungan. Kadar denyutan jantung yang perlahan, atau bacaan luar biasa mungkin menandakan Fetal Distress. 

 

Sewaktu sesi Sono Ultrasound, kadar degupan jantung bayi juga diperiksa semasa mengandung. 

 

Sekiranya air ketuban telah bertukar warna adalah kerana kehadiran mekonium (najis bayi) juga adalah petanda berlakunya Fetal Distress. 

 

Bayi yang mengalami Fetal Distress lebih berisiko mengalami komplikasi selepas kelahiran. Kekurangan oksigen boleh membawa kepada komplikasi yang sangat serius untuk bayi, termasuk kecederaan otak, cerebral palsy dan juga kelahiran mati. 

 

Fetal Distress selalunya memerlukan kelahiran melalui pembedahan caesarean.  

Translate »