Skip to content

Date Release: 4/9/2023

Hirschsprung punca bayi tidak dapat mengeluarkan najis 

 

Penyakit Hirschsprung adalah anomali kongenital yang jarang berlaku yang disebabkan oleh kegagalan sel ganglion untuk berhijrah melalui puncak saraf yang membawa kepada ketiadaan sel ganglion dalam semua atau sebahagian kolon 

 

Normalnya, selama janin membesar di dalam kandungan, sel-sel saraf janin juga terbentuk. Sel ini termasuk sistem pencernaan yang terbentuk mulai dari esofagus, menghala ke perut dan berakhir di anus. 

 

Bagaimanapun, proses pembentukkan sel-sel saraf tersebut berlainan buat penghidap Hirschsprung. 

 

Pertumbuhan sel-sel saraf bayi yang mengalami Hirschsprung berhenti di bahagian hujung usus besar, iaitu sebelum rektum dan anus. 

 

Inilah punca mengapa bayi yang baru lahir yang memiliki penyakit Hirschsprung biasanya tidak dapat buang air besar setelah lahir. 

 

Kembung usus dalam Kes Hirschsprung mungkin bermula pada akhir trimester ketiga kehidupan intrauterin 

 

Umumnya, tanda yang paling jelas dari Hirschsprung adalah bayi tidak bisa buang air besar setelah waktu 48 jam setelah dilahirkan. Secara normalnya, bayi akan mengeluarkan mekonium atau najis pertama setelah menyusu tidak lama setelah lahir. 

 

Penyakit Hirschsprung sangat sukar untuk dikesan semasa prenatal. Ciri ultrasound pertama penyakit Hirschsprung mungkin muncul lewat pada trimester ketiga kehamilan 

 

Antara ciri-ciri Hirschsprung pada bayi ialah 

  • Perut kelihatan bengkak 
  • Bayi gagal membuang najis (meconium- iaitu najis pertama yang berwarna gelap) tidak lama setelah bayi menyusu selepas dilahirkan 
  • Muntah cecair berwarna hijau 
 

Hirschsprung ini dikaitkan dengan masalah Genetik dan kadangkala ia diwarisi dalam keluarga 

 

Hirschsprung juga kadangkala berlaku kepada masalah Genetik seperti Sindrom Down.  

Translate »