Perbezaan 2D, 3D, 4D, HD, 5D, 6D dan VR scan?

2D scan

Hitam/putih scan di klinik/hospital untuk mengetahui perkembangan bayi Terdapat 3 jenis 2D scan iaitu 2D growth scan & 2D full detail scan / 2D partial detail scan.

2D Growth Scan (4-40 minggu)

Check baby saiz, placenta, air ketuban, kedudukan tetapi tidak check kecacatan baby.

2D FULL detail scan (20-25 minggu)

Check kecacatan baby termasuk kira jari kaki dan tangan, tulang, organ dalaman, otak, muka, jantina, tulang belakang, tengok jantung berlubang, ketepatan setinggi 90% fizikal kecacatan baby boleh dikesan.

2D PARTIAL detail scan (26-30 minggu)

Check kecacatan baby tetapi tidak akan mengira jari tangan dan jari kaki baby sebab baby padat, otak structur tidak akan diukur sebab tidak accurate. Tulang baby, tulang belakang, organ, muka, ketepatan setinggi 60% fizikal kecacatan baby akan dikesan.

3D 4D scan

3D scan merupakan gambar tidak bergerak manakala 4D scan ialah video baby secara live.

HD scan / 5D scan

HD scan sama dengan 3D4D, ianya bukan 5D scan, sebab tiada extra dimensi yang boleh dikelihatan. Beza dengan 3D4D scan ialah, texture baby kelihatan macam kulit baby akan tetapi banyak klinik namakan HD scan sebagai 5D scan. Untuk kurang keliruan, HD/5D scan dikategorikan dalam sama.

6D scan (sebelum ni dikenali sebagai real 5D cine)

Dalam bentuk 4D scan video baby, anda boleh merasa extra 1D lagi dengan memakai SPEC mata dan menonton melalui TV.

VR scan

Anda memakai VR box untuk melihatkan bayi anda dalam bentuk 5D scan, anda bole melihatkan bayi anda secara dekat.