Skip to content

WEEK 5 / MINGGU 5

Week 5 

Usually, this is when many women realize they are pregnant. If you haven’t taken a pregnancy test, now is the time because your hCG Levels have increased. 

At 5 weeks of age, the fetal heart has begun to form and beat. The embryo is about 2mm long. The nervous system is also developing and the brain and spinal cord are forming. It also already has some of its own blood vessels and forms the umbilical cord that serves to send all the needs of the fetus from the placenta. 

Symptoms 

This week you may urinate more often than usual, feel nauseous, feel pain in your breasts (breasts feel more sensitive), bloating and you will be more sensitive and sensitive to smells. 

Tips for you 

If you feel pain and sensitivity in the breast, where some women feel pain in the areola area, wear cotton-based and loose clothing. Flatulence during pregnancy can be reduced by avoiding high-fat foods and reducing foods that contribute to flatulence such as cabbage, beans and broccoli.

Minggu 5

Biasanya, pada waktu inilah ramai wanita menyedari diri mereka sedang hamil. Sekiranya anda belum melakukan ujian kehamilan, ini adalah masanya kerana kadar hCG anda telah meningkat. 

Pada usia 5 minggu, jantung janin telah mula terbentuk dan berdegup. Embrio sudah berukuran kira-kira 2mm panjang. Sistem saraf juga sedang berkembang dan otak serta saraf tunjang sedang terbentuk. Ia juga sudah mempunyai beberapa saluran darahnya sendiri dan membentuk tali pusat yang berfungsi untuk menghantar semua keperluan janin dari plasenta. 

Simptom

Minggu ini anda mungkin akan kencing lebih kerap daripada biasa, loya, terasa nyeri pada payudara (payudara terasa lebih sensitif), kembung perut dan anda akan lebih sensitif dan peka pada bau. 

Tips Buat Anda

Sekiranya anda merasa nyeri dan sensitif pada payudara, dimana sesetengah wanita terasa sakit dikawasan areola, pakai pakaian berasaskan kapas dan longgar.Kembung pada perut semasa hamil boleh dikurangkan dengan mengelakkan makanan tinggi lemak dan kurangkan makanan yang menyumbang pada kembung perut seperti kobis, kekacang dan brokoli. 

Translate »