week 6 / minggu 6
Week 6
In the sixth week, the eyes and ears of the fetus begin to appear, as well as the rapidly growing part of the brain. The head looks bigger than the rest of the body, curved and looks like a tail at the end of the body.
Hands and feet have also started to form (known as limb buds). The embryo is covered with a thin layer of transparent skin.
Symptoms
Some pregnant women also experience headaches, morning sickness, nausea. There are also those who cannot eat well (do not eat).
Emotional changes are also often associated during pregnancy. During pregnancy, the body undergoes significant hormonal changes. Estrogen and progesterone levels rise rapidly and cause emotional changes.
Tips for you
Practice a healthy diet during pregnancy, eating nutritious food is important for the well-being of you and your baby. If you can’t eat well (don’t eat), drink enough water, eat small amounts but often and take the vitamins recommended for you.
Sono Ultrasound
The sixth week is the perfect week to do the first ultrasound scan of your pregnancy. Sac size measurement, due date or EDD will be calculated. Ultrasound will determine how many weeks pregnant you are based on the size of the fetus.
While the fetal heartbeat will also be checked usually starting around 6 weeks and above. Through Ultrasound will also determine if you are pregnant with one or more fetuses.
Minggu 6
Di minggu keenam, sudah mula kelihatan mata dan telinga pada janin, begitu juga dengan bahagian otak yang membesar dengan pantas. Bahagian kepala kelihatan lebih besar berbanding bahagian badan yang lain, melengkung dan kelihatan ekor dihujung badan .
Tangan dan kaki juga sudah mula terbentuk (dikenali sebagai tunas anggota badan). Embrio ditutup dengan lapisan nipis kulit yang lutsinar.
Simptom
Sesetengah wanita hamil juga mengalami rasa sakit kepala, morning sickness, loya. Ada juga yang tidak dapat makan dengan baik (tidak lalu makan).
Perubahan emosi juga sering dikaitkan semasa hamil. Semasa hamil, badan mengalami perubahan hormon yang ketara. Tahap estrogen dan progesteron meningkat dengan cepat dan menyebabkan perubahan emosi.
Tips Buat Anda
Amalkan diet yang sihat semasa mengandung, makan makanan yang berkhasiat adalah penting untuk kesejahteraan anda dan bayi anda.Sekiranya anda tidak dapat makan dengan baik (tidak lalu makan), minum air secukupnya, makan dengan kuantiti sedikit tapi kerap dan ambil vitamin yang dicadangkan untuk anda.
Sono Ultrasound
Minggu keenam adalah minggu yang sesuai untuk melakukan scan ultrasound pertama kandungan anda. Ukuran saiz kantung, tarikh jangka bersalin atau EDD akan dikira.
Ultrasound akan menentukan berapa minggu anda hamil berdasarkan saiz janin. Manakala degupan jantung janin juga akan diperiksa biasanya bermula sekitar 6 minggu keatas. Melalui Ultrasound juga akan menentukan sama ada anda mengandung satu atau lebih janin (kehamilan kembar).