Date Release: 14/7/2023
IUCD dan Kehamilan
Sebelum tu, jom kita tengok apa tu IUCD.
IUCD ialah salah satu jenis alat mencegah kehamilan yang berbentuk ‘T’. Terdapat 2 jenis IUCD iaitu :
1️ Mirena : Ia mengandungi hormon progesterone dimana ia akan membuat serviks menjadi tebal begitu juga mukus, supaya dapat membunuh sperma dan menghalang sperma dapat masuk kedalam rahim
2️ Copper : IUCD yang diselaputi tembaga akan menghasilkan cecair di rahim dan tiub fallopio yang akan merosakkan dan membunuh sperma.
Tempoh penggunaan IUCD adalah 3-5 tahun bergantung pada jenis yang digunakan.
IUCD mudah dimasukkan dan sesetengah doktor akan melakukan Sono Ultrasound scan untuk memastikan anda tidak hamil sebelum memasang IUCD dan selepas memasangnya supaya IUCD berada di tempat yang sepatutnya.
Walaupun kedua-dua jenis IUCD ini agak berkesan, kebarangkalian untuk hamil adalah 1 dalam 200. Dan kemungkinan untuk hamil apabila IUCD dipasang ialah berlaku ectopic pregnancy/ hamil luar rahim dan ada juga kandungan yang selamat.
Untuk tahun pertama memasang IUCD, risiko untuk hamil adalah tinggi dan kebanyakan mereka yang hamil ini mengalami keguguran dengan sendirinya. Kerana itulah, sebaik sahaja tahu hamil, IUCD akan segera dikeluarkan melainkan IUCD ini telah berada didalam rahim bersama bayi atau tertanam bersama uri.
Jelas kelihatan IUCD bersama bayi sewaktu sesi Sono Ultrasound.
Ibu yang menggunakan IUCD dan hamil, terdapat risiko yang mungkin terjadi pada kandungan di akhir trimester, risiko kelahiran Pramatang dan spontaneous abortion
Buat ibu yang memasang IUCD ini, sebaik sahaja sedar anda hamil melalui sesi Sono Ultrasound scan, segeralah berjumpa dengan pakar untuk melakukan pemeriksaan berkala dan mendapatkan nasihat berkenaan IUCD dan kehamilan anda.
Sentiasa peka dengan sebarang perubahan dan segeralah lakukan Sono Ultrasound scan dan berjumpa pakar sekiranya terdapat tanda-tanda kehamilan.