Skip to content

Date Release: 14/8/2023

Shoulder Dystocia & GDM

Shoulder dystocia - Wikipedia

 

Shoulder Dystocia ialah keadaan dimana, bahu bayi tersangkut semasa proses kelahiran 


  • Shoulder Dystocia berisiko terjadi  sekiranya: 
  • Ibu mempunyai masalah kencing manis/ diabetes/GDM 
  • Ibu yang mempunyai masalah obesity 
  • Pernah mengalami masalah Shoulder Dystocia pada kelahiran yang lepas 
  • Proses kelahiran yang lama 

 

Ibu yang ada GDM akan diperiksa melalui Sono Ultrasound untuk mendapatkan anggaran berat bayi dalam kandungan supaya cadangan kelahiran dapat dipertimbangkan 

 

Melalui Sono Ultrasound, anggaran berat bayi kurang tepat, kemungkinan berat bayi adalah 10% lebih berat dari anggaran berat atau 10% kurang berat dari anggaran tadi. Tetapi melalui Sono Ultrasound inilah, keputusan cara kelahiran dapat dipertimbangkan 

 

Risiko Ibu yang ada GDM antaranya ialah risiko bayi besar. Dikhuatiri bayi yang di anggar besar ini sekiranya melalui kelahiran secara normal, kebarangkalian berlakunya Shoulder Dystocia adalah tinggi yang boleh menyebabkan bayi lemas 

 

Ibu yang mengalami GDM biasanya akan dicadangkan pilihan untuk bersalin awal dan   bersalin secara pembedahan 

 

Shoulder Dystocia atau bahu sangkut ini bukan saja berisiko buat Ibu, malah buat bayi. 

 

Risiko kepada Ibu : berlaku koyakan yang besar sewaktu proses kelahiran. Ibu juga berisiko untuk tumpah darah. 

 

Risiko kepada bayi : Sebahagian kecil bayi yang mengalami Shoulder Dystocia ini, mengalami kecederaan pada saraf menyebabkan bahagian yang terlibat tidak dapat digerakkan buat sementara waktu, kecacatan kekal adalah jarang berlaku. Shoulder Dystocia juga boleh berlaku sewaktu pembedahan Cesarean. Risiko bahu yang patah boleh berlaku. Masalah kekurangan oksigen hingga menjejaskan fungsi otak bayi mungkin terjadi. 

 

Adalah penting buat Ibu yang berisiko ini untuk diperiksa kandungannya dan ikutlah jadual Sono Ultrasound anda supaya sebarang risiko dapat dielakkan. 

Translate »