Skip to content

Date Release: 24/8/2023

𝗔𝗻𝘁𝗶𝗽𝗵𝗼𝘀𝗽𝗵𝗼𝗹𝗶𝗽𝗶𝗱 𝗦𝘆𝗻𝗱𝗿𝗼𝗺𝗲 (𝗔𝗣𝗦) 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗵𝗮𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻 

 

Antiphospholipid syndrome (APS) terjadi akibat sistem kekebalan tubuh menyerang protein lemak tubuh yang disebut fosfolipid dalam sel darah. Tanda yang paling khas dari sindrom antifosfolipid adalah peningkatan kekentalan darah (Thrombosis) 

 

Sindrom ini adalah penyakit autoimun yang dapat menyebabkan gangguan di seluruh bahagian tubuh. 

 

APS ialah gangguan autoimun yang boleh menyebabkan komplikasi pada kehamilan : 

  1. Preeklampsia 
  2. Thrombosis  
  3. Gangguan pada pertumbuhan janin  
  4. Keguguran dan kematian janin  
  5. Masalah pada placenta 

 

Kebanyakan pesakit APS ini melahirkan bayi yang sihat namun bayi ini terdedah kepada masalah IUGR (lahir dengan berat yang rendah).  

 

Dalam sesetengah kes, Antiphospholipid ini mungkin dikesan dalam darah bayi semasa lahir akibat penghantaran dari ibuBagaimanapun, antibodi cenderung hilang dalam tempoh enam bulan pertama dan biasanya tidak mengakibatkan pembekuan darah. 

 

Sebaik sahaja penghidap APS disahkan hamil, anda harus berjumpa dengan pakar secepat mungkin. Kesihatan fizikal dan ujian darah akan dilakukan 

 

Penghidap APS adalah dalam kategori hamil berisiko tinggi. Sepanjang kehamilan, penghidap APS perlu melalui pemeriksaan Sono Ultrasound dengan kerap bagi memeriksa kandungan. 

 

Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko  berlakunya pembekuan darah dan meningkatkan peluang untuk mendapat kehamilan dan bayi yang sihat : 

  • Tidak merokok 
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang 
  • Bersenam 
 
Translate »