Date Release: 1/9/2023
Apa tu ‘Quickening’ dalam kandungan?
Quickening ialah pergerakan pertama bayi dalam kandungan yang dirasai Ibu.
Sewaktu hamil, yang paling ditunggu-tunggu ialah apabila dapat merasai bayi bergerak-gerak di dalam rahim.
Pergerakan ini menunjukkan bayi masih hidup dan membesar dengan baik.
Ibu boleh melihat pergerakan bayi didalam kandungan melalui pemeriksaan Sono Ultrasound.
Bagi Ibu yang pertama kali hamil, biasanya dapat merasakan pergerakan pertama itu pada usia kandungan 20 minggu keatas.
Pergerakan bayi dapat dirasai Ibu yang pernah hamil sebelumnya adalah seawal 16 minggu lagi.
Pergerakan bayi terasa seperti berpusing-pusing dan semakin usia kehamilan meningkat, Ibu hamil dapat merasakan tendangan dan pergerakan bayi.
Segera lakukan pemeriksaan sekiranya :
- Bayi kurang bergerak daripada biasa.
- Tiada pergerakan dari bayi anda
- Ibu mengesan perubahan pada corak pergerakan biasa bayi
Pergerakan bayi yang kurang aktif seperti biasa bermakna bayi dalam kandungan tidak sihat.
Ia juga petanda kemungkinan berlaku masalah lain atau jangkitan.
Segera lakukan pemeriksaan dan tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa bayi.
Minggu ke 12: Bayi telah mula bergerak, tetapi Ibu mungkin tidak dapat merasa apa-apa kerana bayi masih kecil.
Minggu ke 16: Sebahagian ibu hamil mula merasai gegaran /pergerakan halus. Kemungkinan hanya gas atau mungkin bayi bergerak.
Minggu ke 20: Ibu mungkin mula benar-benar merasakan pergerakan pertama bayi dalam kandungan, yang dipanggil ‘Quickening’.
Minggu ke 24: Pergerakan bayi menjadi lebih kuat dan Ibu sudah mula merasakan apabila bayi mula tersedu.
Minggu ke 28: Bayi lebih kerap bergerak sekarang. Tendangan yang kuat mungkin membuatkan Ibu terkejut.
Minggu ke 36: Ruang didalam rahim semakin sempit apabila bayi semakin membesar, dan pergerakan bayi mungkin dirasakan perlahan sedikit. Perhatikan sebarang perubahan ketara pada pergerakan bayi anda.