Skip to content

Date Release: 21/8/2023

Tak Semua Wanita Hamil Selamat Lakukan Prosedur ECV 

 

External Cephalic Version atau ECV adalah prosedur memusingkan bayi dalam kandungan yang berada dalam posisi melintang atau songsang supaya bayi berada didalam posisi cephalic dan Ibu dapat melahirkan dengan normal. 

 

Melalui Sono Ultrasound, posisi bayi dalam kandungan dapat dilihat samada berada dalam keadaan songsang, melintang atau cephalic (kepala dibawah).  

 

Bayi dalam keadaan songsang adalah berisiko sekiranya dilahirkan normal. Antara risiko kelahiran bayi songsang adalah 

  • Bayi berisiko meninggal dunia sewaktu kelahiran secara normal 
  • Kekurangan oksigen pada bayi  

 

Hanya doktor terlatih yang akan mengendalikan prosedur ECV ini dan pengawasan melalui Sono Ultrasound dan CTG. Langkah-langkah persediaan perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan 

 

ECV dilakukan pada minggu ke 36-37. Melakukan ECV sebelum minggu ke 36 akan membolehkan bayi berpusing semula pada kedudukan asal. Pada usia kandungan 36-37 minggu ini bayi telah matang dan sekiranya berlaku komplikasi sewaktu proses ECV, bayi boleh dilahirkan 

 

Prosedur ECV tidak boleh dilakukan sekiranya 

  • Ibu perlu melakukan kelahiran melalui Caesarean 
  • Kecacatan pada rahim 
  • Degupan jantung anak dalam kandungan tidak normal 
  • Air ketuban telah pecah 

 

Q : Sakit melakukan ECV? 

Kebanyakan ibu-ibu yang melalui prosedur ECV hanya menyatakan rasa tidak selesa buat seketika. Dan hanya sebilangan ibu-ibu merasa sedikit sakit. 

 

Q : Bagaimana kalau prosedur ECV ini tidak berjaya? 

Doctor akan memberi cadangan samada kelahiran bayi songsang secara normal atau pembedahan Caesarean. 

Translate »