Skip to content

Date Release: 27/7/2023

 

Hi Si Kembar! 

 

Wah terujanya kalau dapat bayi kembar kan? 

 

Buat ibu-ibu yang bakal melahirkan kembar, ada 3 jenis kembar yang ibu-ibu perlu tahu iaitu : 

 

  • MCDA (mo-di) 

– 2 kantung 1 uri 

Kembar seiras 

Risiko IUGR dan TTTS 

 

  • MCMA (mo-mo) 

–  1 kantung 1 uri 

–  Kembar seiras 

–  Berisiko kerana berkongsi 1 kantung. Bayi MCMA makan dari uri yang sama. Memerlukan pemerhatian dan pemeriksaan Sono Ultrasound yang kerap. Berisiko Twin To Twin Transfusion Syndrome (TTTS) 

 

  • DCDA (di-di) 

– 2 kantung 2 uri 

Kembar tidak seiras 

– Paling kurang risiko. DCDA terjadi apabila 2 sperma dan 2 ovum disenyawakan 

boleh terjadi berlainan jantina 

 

Ibu hamil DCDA biasanya dapat dikesan awal kerana Sono Ultrasound dapat memaparkan imej scan 2D ; dua kantung diawal kehamilan 

 

Ibu hamil kembar adalah digalakkan untuk membukabuku pink’ dengan lebih awal, supaya kandungan dapat dipantau dengan lebih rapi 

 

Sebaik sahaja ibu hamil dikesan dengan kehamilan kembar melalui Sono Ultrasound, ibu hamil kembar akan kerap mendapat temujanji dengan pakar supaya kandungan kembar dapat dipantau kerana hamil kembar adalah salah satu kandungan yang berisiko 

 

Ibu yang hamil kembar juga perlu membuat detail scan bagi memantau perkembangan janin di dalam kandungan dan mengesan sebarang masalah atau abnormalities.  

 

Antara risiko kehamilan kembar :

 

  • Twin To Twin Transfusion Syndrome : biasa terjadi buat kembar yang berkongsi uri iaitu peredaran darah jadi tidak seimbang. Salah satu bayi menjadipenderma’ (menerima bekalan darah yang terlalu sedikit) dan satu lagi menjadipenerima’ (menerima bekalan darah yang tinggi) bagi kes begini, ibu akan perlu kerap melakukan Sono Ultrasound untuk memeriksa kandungan 

 

  • Bayi kembar berisiko untuk lahir pramatang 

 

  • Anemia (kekurangan sel darah merah) –tumbesaran bayi kembar memerlukan banyak zat besi 

 

  • Risiko tumpah darah selepas bersalin 

 

  • Pre eclampsiakeadaan tekanan darah ibu meningkat 

 

  • Kembar mempunyai risiko uri tidak berfungsi dengan baik boleh memberi kesan pada tumbesaran bayi 

 

Bagi ibu yang hamil kembarberkongsi uri, Sono Ultrasound adalah perlu bagi setiap 2 minggu selepas kandungan berusia 16 minggu. Hamil kembaruri berbeza pula, Sono Ultrasound sca adalah perlu untuk setiap 4 minggu 

 

Mommies yang hamil kembar mesti excited kan nak tengok wajah baby comel. Jangan lupa book temujanji untuk scan 4D 5D nak tengok keletah comel kembar menendang satu sama lain. 

 
Translate »