Date Release: 2/10/2023
Placenta Abruption
Placenta Abruption berlaku apabila plasenta terpisah dari dinding dalaman rahim sebelum bayi lahir. Ini boleh menyebabkan bayi kekurangan oksigen dan nutrien dan berlakunya pendarahan teruk pada ibu.
Placenta Abruption kebiasaannya berlaku pada trimester terakhir kehamilan, terutamanya dalam beberapa minggu terakhir sebelum kelahiran.
Tanda-tanda berlakunya Plasenta Abruption :
- Pendarahan faraj
- Sakit perut
- Kontraksi
- Sakit belakang
Punca kemungkinan berlakunya Placenta Abruption ialah terdapat trauma atau kecederaan pada perut, seperti kemalangan atau terjatuh atau kehilangan cecair amniotik (air ketuban).
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko terjadinya Placenta Abruption termasuk:
- Pernah terjadi Placenta Abruption dalam kehamilan sebelumnya yang bukan disebabkan oleh trauma perut
- Merokok
- Pengambilan dadah
- Tekanan darah tinggi yang kronik
- Chorioamnionitis – jangkitan berlaku dalam rahim sewaktu hamil
- Terjatuh atau berlaku hentakan pada perut
Placenta Abruption boleh menyebabkan masalah yang mengancam nyawa ibu dan bayi.
Antara kesan Placenta Abruption yang akan dihadapi buat Ibu ialah kehilangan darah, kegagalan buah pinggang dan masalah pembekuan darah.
Placenta Abruption yang terjadi akan menyebabkan masalah tumbesaran pada bayi, bayi tidak mendapat oksigen yang cukup, kelahiran pramatang dan kematian bayi dalam kandungan.
Bagi kes Placenta Abruption ini, plasenta/uri mungkin tertanggal sepenuhnya atau sebahagiannya tertanggal. Placenta Abruption adalah keadaan serius yang memerlukan rawatan perubatan.
Semasa Sono Ultrasound, gelombang bunyi frekuensi tinggi mencipta imej rahim pada monitor untuk memeriksa samada berlakunya Placenta Abruption. Walau bagaimanapun, ia kadangkala tidak dapat dikesan, dimana Ibu perlu melalui beberapa siri pemeriksaan & ujian darah serta ujian air kencing.