Date Release: 26/7/2023
Punca bayi lahir pra-matang
Bayi yang dikategorikan lahir matang adalah diantara 37-42 minggu. Bayi yang dilahirkan pramatang apabila lahir sebelum usia kandungan 37 minggu.
Antara punca bayi lahir pramatang ialah:
- Sejarah kelahiran Pramatang : bagi ibu yang mempunyai sejarah kelahiran Pramatang, ibu perlu melalui Sono Ultrasound scan yang kerap dan detail scan bagi memastikan bayi sentiasa dalam keadaan yang baik dan sihat dan untuk mengesan masalah lain pada kandungan supaya rawatan sewaktu melahirkan berjalan lancar.
- Pecah ketuban awal (infection air ketuban dan selaput ketuban)
- Kandungan kembar ( kembar dua,tiga (triplets) atau lebih) : Kandungan kembar biasanya dijangka akan melahirkan lebih awal, kandungan kembar juga perlu melalui siri Sono Ultrasound yang kerap dan detail scan adalah wajib bagi kandungan kembar untuk memeriksa sebarang masalah seperti TTTS Syndrome.
- Ibu mengalami tekanan darah tinggi semasa hamil atau Placenta Previa (uri rendah) : ibu akan dipantau di hospital, dan Sono Ultrasound akan dijalan bagi memeriksa tahap Placenta Previa yang ibu hadapi
- Pengambilan alkohol, merokok atau dadah semasa mengandung
- Jangkitan kongenital dalam kandungan
- Jangkitan salur kencing
- Bayi dalam kandungan didapati mengalami kecacatan : Pantauan dari pakar dan siri Sono Ultrasound, details anatomi scan diperlukan bagi kandungan jenis ini.
Setiap ibu hamil yang didapati berisiko dalam melahirkan bayi pramatang perlu diperiksa dengan kerap melalui Sono Ultrasound scan dan details scan. Adalah penting untuk memastikan supaya ibu dapat perancangan kelahiran yang lancar dapat dijalankan dan tiada masalah seperti kecacatan lain pada bayi.
Komplikasi bayi pramatang :
- Kesukaran untuk bernafas : sistem organ yang belum sepenuhnya berfungsi
- Jaundice / Jaundis
- Kesukaran penyusuan : usus pramatang
- Jangkitan : Jangkitan paru-paru (radang paru-paru), jangkitan dalam darah (septisemia), selaput pada saraf tunjang dan otak
- Inguinal hernia akibat kelemahan otot-otot di pelipat paha
- Retinopathy of Prematurity (retina yang tidak matang) – pertumbuhan salur darah di dalam mata yang tidak matang.
- Patent Ductus Arteriosus (salur darah yang menyambung antara jantung dan paru-paru tidak tertutup) : boleh menyebabkan sesak nafas atau kegagalan jantung.
- Sawan (epilepsy)
- Perkembangan agak lambat
- Pembesaran perlahan
- Serebal Palsy
Langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan kelahiran pramatang:
- Bagi ibu hamil, elakkan pengambilan alkohol,dadah dan rokok.
- Penjagaan awal antenatal (Sono Ultrasound scan dilakukan) dan penjagaan berkala dapat mengesan dan merawat dalam mencegah komplikasi.
- Penjagaan pra-kehamilan untuk wanita yang menghidapi masalah perubatan yang kronik seperti kencing manis.
Bayi pramatang memerlukan penjagaan khas seperti inkubator (mengawal suhu badan), pemantauan tahap gula dalam darah, mengelakkan daripada berlakunya jangkitan dan pembekalan nutrisi kepada bayi.
Ibu hamil perlu menjaga kesihatan sewaktu hamil dan menjalani pemeriksaan Sono Ultrasound, details scan, pemeriksaan berkala di klinik yang dipilih supaya sebarang risiko dapat dielakkan.