Date Release: 1/8/2023
Apa itu Stomach bubble?
Jika ibu-ibu perasan, sewaktu Sono Ultrasound dijalankan, Sonographer atau Doktor akan memeriksa bahagian perut bayi. Bahagian perut bayi adalah penting kerana ia menunjukkan keadaan bayi dan sebarang abnormalities dalam kandungan.
Ia wajib untuk setiap sesi Sono Ultrasound : Growth scan dan Details Scan
Bayi dalam kandungan menelan sebahagian daripada cecair amniotik (air ketuban). Melalui Sono Ultrasound, ia dilihat sebagai gelembung hitam di dalam perutnya.
Stomach bubble dapat dilihat melalui Sono Ultrasound seawal 10 atau 14 minggu. Bilangan Stomach bubble yang normal pada bayi adalah satu sahaja.
Ketiadaan Stomach bubble menunjukkan:
- Oligohydromnios (air ketuban kurang) : kekurangan cecair amniotik untuk ditelan
- Anhydromnios (tiada air ketuban)
- Bibir sumbing atau lelangit
- Gangguan neuromascular
Sekiranya stomach bubble dilihat lebih dari satu atau tiada langsung bermakna, terdapat abnormalities pada bayi. Stomach bubble berkait rapat dengan sistem pencernaan bayi.
Melalui Sono Ultrasound, stomach bubble merupakan ‘soft marker’ kepada ciri-ciri bayi down syndrome
Kesan kepada ketiadaan Stomach bubble ini boleh menyebabkan air ketuban terlampau banyak (polyhydromnios)
Stomach bubble mungkin tidak dapat dilihat sentiasa (24jam), ia akan menghilang sebentar, biasanya Sonographer/doktor akan menunggu untuk melihat semula kehadiran stomach bubble.
Kira-kira 80% bayi yang tidak dapat dikesan stomach bubble sewaktu sesi Sono Ultrasound yang berusia lebih 18minggu, mempunyai kemungkinan berlaku abnormalities/kecacatan.