Date Release: 3/8/2023
Transabdominal scan vs Transvaginal scan
Terdapat dua jenis Ultrasound yang dapat dijalankan iaitu Transabdominal scan TAS (perut) dan Transvaginal scan TVS (melalui vagina). Kedua-duanya membolehkan imej dipancarkan pada skrin monitor ultrasound.
Alat Sono Ultrasound menggunakan kuasa bunyi yang dipantulkan apabila terkena objek dan pantulan bunyi ini menghasilkan imej pada skrin.
-
TRANSABDOMINAL SCAN
Prosedur dimulai dengan meletakkan gel lutsinar pada bahagian perut kerana ia melancarkan pergerakan transducer dan menghalang hadirnya udara antara kulit dan transducer.
Transabdominal scan ini bukan sahaja digunakan ketika hamil, tetapi boleh digunakan untuk memeriksa Ginjal, Hati, Pankreas, Usus dan organ-organ lain.
-
TRANSVAGINAL SCAN
Prosedur Transvaginal adalah dengan memasukkan scanner ultrasound beberapa inci kedalam faraj. Ia memaparkan imej yang lebih jelas kerana lebih dekat dengan rahim . Imej yang terhasil adalah terhad kepada organ yang berhampiran pelvis sahaja.
TVS digunakan apabila memeriksa kandungan untuk :
- Memeriksa kandungan luar rahim (ektopik)
- Memeriksa cyst pada ovari
- Memeriksa denyutan jantung bayi diawal kehamilan
- Serviks. Sekiranya ada risiko kelahiran pramatang atau keguguran
- Rahim & ovari
- Jika ada masalah pada Plasenta
Kesimpulannya, kedua-dua kaedah ini adalah tepat untuk digunakan. Hanya tujuan pemeriksaan dijalankan yang dapat menentukan kaedah yang diperlukan.