Skip to content

Date Release: 21/7/2023

 

Anencephaly kecacatan pada kepala bayi 

 

Anencephaly ialah kecacatan yang terjadi apabila tempurung kepala tidak terbentuk, maka air ketuban akan menghakis otak sehingga ia hancur. Bayi anencephaly lahir tanoa otak dan tidak mampu bertahan untuk hidup 

 

Untuk bernafas dan menelan susu, bayi memerlukan otak, bayi mampu hidup didalam kandungan kerana tidak perlu bernafas sendiri. Oksigen disalurkan terus kepada bayi melalui uri.

 

Anencephaly dapat dikesan melalui Sono Ultrasound. Dengan kemajuan teknologi Ultrasound, diagnosis dapat dilakukan dengan lebih awal. 

 

Anencephaly ialah salah satu kecacatan Neural Tube Defect (NTD)  

 

Risiko Anencephaly boleh terjadi pada : 

– Ibu yang ada diabetes 

– Obese 

Kekurangan/tiada Folic acid 

 

Seawal 11-14 minggu usia kehamilan dapat dikesan masalah ini melalui Sono Ultrasound. Details Scan juga dapat memastikan kecacatan jenis ini 

 

Bagi kes Anencephaly, tiada rawatan untuknya. 

 

Anencephaly terjadi samada faktor genetik dan persekitaran. Kajian mengatakan asid folik dapat mengurangkan risiko Anencephaly.  

 

Bayi yang mengalami Anencephaly, badan mereka tidak mengalami kecacatan sepenuhnya. Tiada tengkorak kepala hingga ke atas dahi. Saiz bahagian otak pula berbeza-beza. Kerana terdapat kecacatan pada soket mata, bebola mata agak tersembul 

 

Risiko sebanyak 2% untuk kes Anencephaly berulang (sekiranya ibu pernah melahirkan bayi anencephaly) 

 
Translate »