Date Release: 11/9/2023
Ascites pada janin
Ascites pada janin ialah pengumpulan cecair dalam rongga peritoneal janin (tidak normal), dan ia biasanya merupakan penemuan pertama bagi kes hydrops fetalis.
Ascites dapat ditemui pada janin dalam kandungan. Kaitan terjadinya ascites adalah kerana :
- Ascites janin terpencil – Adalah sangat jarang terjadi tetapi mudah dikesan semasa sesi Sono Ultrasound
- Hydrops Fetalis – Terdapat cairan abnormal pada organ bayi
Punca sebenar Ascites janin dikaitkan dengan kecacatan organ kemaluan dan dubur.
Ascites pada janin yang dikesan dibawah usia kandungan 24minggu berisiko tinggi untuk meninggal dalam kandungan dan sebaik sahaja dilahirkan.
Sebahagian daripada kes ascites janin terpencil sembuh secara spontan.
Ascites biasanya terjadi kerana dikaitkan dengan Hydrops Fetalis pada janin. Selepas Ascites dikesan melalui sesi Sono Ultrasound, adalah penting untuk menentukan sama ada ia adalah ascites janin terpencil atau dikaitkan dengan Hydrops Fetalis.
Ascites janin terpencil mungkin berlaku akibat daripada banyak faktor, termasuk pendarahan fetomaternal, kekurangan glucose-6-phosphate dehydrogenase, dan talasemia.
Melalui Sono Ultrasound, Ascites janin terpencil menunjukkan cecair di sekeliling :
- limpa
- hati
- usus
- pundi kencing
- bahagian ekstrahepatik urat pusat,
- ligamen falciform
Kebiasaannya, selepas ascites pada janin dikesan, Sono ultrasound susulan diperlukan untuk memeriksa sama ada terdapat perkembangan kepada hidrops janin. Perkembangan hidrops biasanya tidak berlaku jika ascites kekal setempat di kawasan rongga perut.
Kadangkala, polyhydramnios dan ascites janin juga boleh berlaku bersama-sama.