Date Release: 18/8/2023
Bahagian sulit bayi nampak sama?
Soalan yang seringkali Ibu dan ayah tanya setiap kali sesi Sono Ultrasound adalah tentang jantina anak, kan?
Tak dinafikan perkara paling mengujakan ialah saat dapat melihat pergerakan anak (4D 5D scan), wajah anak (3D 4D 5D) dan jantina anak melalui skrin sewaktu sesi Sono Ultrasound.
Tahukah mommies, mengapa jantina anak selalunya dicadangkan untuk dilihat pada usia 18 minggu dan keatas?
Usia kandungan dibawah 12minggu, alat sulitnya cenderung untuk kelihatan ‘sama‘. Kedua-dua jantina kelihatan seperti ‘muncung‘ pada kemaluannya.
Melalui 2D scan Sono Ultrasound, tidak dapat dibezakan dengan jelas jantina bayi lelaki dan perempuan.
Semua bayi mempunyai Genital Tubercle dan ia berkembang diantara minggu ke 11-13 bertukar menjadi kemaluan lelaki dan perempuan. Kerana itu dibawah usia kandungan 11-12 minggu, kemaluan bayi lelaki dan perempuan kelihatan sama. Perlukan teknik tertentu untuk membezakannya.
Asalkan bayi dalam kandungan berada dalam posisi yang sesuai, sonographer akan dapat mencari jantina bayi. Jika mommies mahukan kejutan, jangan lupa pesan pada sonographer ya.
Seberapa tepat Sono Ultrasound meramalkan jantina bayi bergantung pada masa ia dilakukan. Kadar ketepatan yang tinggi apabila melakukannya pada trimester kedua. Walaubagaimanapun, tiada ujian yang sempurna.