Date Release: 1/9/2023
Bahaya Chorioamnionitis
Chorioamnionitis ialah keadaan yang boleh menjejaskan Ibu hamil.
Chorioamnionitis berlaku apabila bakteria menjangkiti chorion dan amnion (membran yang mengelilingi janin) dan cecair amniotik (air ketuban) dan ia boleh menyebabkan jangkitan pada ibu dan bayi dalam kandungan.
Kadangkala chorioamnionitis tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi buat sesetengah wanita yang dijangkiti
mungkin mempunyai ciri-ciri berikut:
- Suhu tinggi dan demam
- Degupan jantung yang cepat (janin mungkin juga mempunyai degupan jantung yang cepat)
- Keputihan dari faraj yang mempunyai bau yang luar biasa
- Berpeluh
- Rahim yang lembut apabila disentuh
Chorioamnionitis dapat didiagnosis melalui pemeriksaan fizikal dan gejala yang dialami.
Petunjuk lain boleh didapati dengan Pengambilan sampel darah daripada ibu bagi memeriksa bakteria dan pengambilan sampel cecair amniotik juga mungkin perlu (air ketuban) untuk mengesan bakteria.
Sono Ultrasound juga perlu untuk memeriksa kesihatan bayi.
Risiko sekiranya Chorioamnionitis ini tidak dirawat :
- Jangkitan di kawasan pelvis dan perut
- Endometritis
- Sepsis (jangkitan dalam darah yang boleh mengancam nyawa)
- Darah beku di pelvis dan paru-paru
- Kelahiran Pramatang
- Air ketuban pecah untuk masa yang lama
- Bayi yang lahir juga mungkin mengalami komplikasi daripada jangkitan kuman, termasuk sepsis (jangkitan darah), meningitis (jangkitan pada lapisan otak dan saraf tunjang) dan masalah pernafasan.
Cara mencegah Chorioamnionitis :
- Lakukan saringan bakterial vaginosis (keradangan faraj) pada trimester kedua.
- Ujian saringan jangkitan streptococcal kumpulan B (group B streptococcal infection) apabila usia kandungan mencapai 35-37 minggu kehamilan.
- Mengurangkan pemeriksaan faraj yang dilakukan semasa proses bersalin