Date Release: 17/8/2023
Bahaya Sushi & Bakteria buat Ibu Hamil
Buat wanita hamil, pemakanan adalah Salah satu aspek penting sewaktu hamil. Sushi adalah salah satu makanan yang perlu ibu hamil jaga-jaga, terutamanya yang menggunakan ikan mentah.
Ikan mentah yang tidak dimasak mengandungi parasit dan bakteria seperti Listeria Monocytogenes. Ia boleh bertahan dalam keadaan sejuk dan makanan yang diawet. Bagi mereka yang makan makanan tercemar ini akan mengalami penyakit Listeriosis.
Ibu hamil adalah yang tertunggi dan mudah dijangkiti dengan Listeria ini kerana Sistema imun yang lemah.
Listeria Monocytogenes ini boleh memasuki kedalam uri dan terus kepada anak dalam kandungan.
Antara kesan bakteria ini kepada kandungan ialah:
- Keguguran
- Kematian bayi
- Kelahiran pramatang
- Mengganggu tumbesaran janin
Tidak semua Ibu hamil yang dijangkiti bakteria ini menunjukkan sebarang simptom. Antara simptom jangkitan bakteria ini ialah:
- Demam
- Sakit otot
- Loya & muntah
- Cirit-birit
- Leher terasa kaku/kejang
- Hilang keseimbangan
- Sawan
- Boleh membawa pada Kematian
Bakteria Listeria Monocytogenes bukan sahaja ada pada makanan mentah seperti ikan mentah pada sushi, ia juga terdapat pada telur yang tidak dimasak sempurna, susu yang tidak dipasteur, ayam, daging.
Bayi yang dilahirkan dengan jangkitan Listeriosis mungkin mengalami komplikasi kesihatan yang teruk dan memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Ia juga membawa kepada masalah kesihatan sepanjang hayat, malah mengakibatkan kematian.
Segera dapatkan rawatan sekiranya ibu-ibu syak mengalami simptom-simptom diatas ya.