Date Release: 31/7/2023
Bayi Tanpa Muka
Viral di Lisbon apabila seorang bayi dilahirkan tanpa muka. Bayi tersebut tiada hidung, mata dan sebahagian tengkorak. Ia dipanggil Congenital Arhinia. Kes seperti ini amat jarang berlaku.
Kecacatan muka adalah salah satu keabnormalan berstruktur dimana terdapat kecacatan pada fizikal bayi.
Melalui Sono Ultrasound, Detail Scan 2D, struktur muka bayi dapat dilihat dan sebarang Keabnormalan fizikal dapat dikenalpasti.
Antara fungsi detail scan ialah :
- Mengukur dan memeriksa
- Struktur Kepala – bentuk kepala
- Struktur Muka – profil muka, soket mata, mulut, lelangit,hidung dan telinga.
Info tentang detail scan
Melalui Sono Ultrasound, detail scan 2D scan, kecacatan bayi dapat dikesan dan perancangan seterusnya dapat dirancang (rawatan, cara kelahiran dan pembedahan jika diperlukan).
‘Bayi tanpa muka‘ yang tidak mempunyai hidung akan melalui pembedahan dipanggil tracheotomy dimana satu tiub yang dinamakan tracheostomy akan dimasukkan pada lubang yang telah ditebuk di leher dan disambung terus pada trakea untuk pesakit bernafas.
Congenital Arhinia adalah kes yang mengancam nyawa dan memerlukan pasukan resusitasi neonatal yang berkemahiran tinggi semasa bersalin.
Pertumbuhan muka terjadi diantara minggu ketiga dan kelapan. Pertumbuhan muka yang tidak berkembang dengan baik menjadikan janin mengalami Keabnormalan pada muka (contoh: tiada hidung dan mungkin bahagian lain pada muka)
Congenital Arhinia biasanya terjadi apabila berlaku perubahan pada sel ovum atau sperma. Tiada kajian tepat mengenai punca-punca lain contohnya dari segi pemakanan, genetik, atau persekitaran yang terbukti menjadi punca terjadinya Congenital Arhinia.