Skip to content

Blog: Bleeding & Hamil

Date Release: 5/10/2023

Pendarahan ketika hamil 

 

Pada awal kehamilan, Ibu mungkin mengalami pendarahan ringan yang dipanggil spotting. Ia terjadi kerana embrio yang menempel di dinding rahim anda 

Pendarahan faraj ketika hamil mempunyai banyak punca. Ada yang serius dan ada yang tidak 

 

Pendarahan boleh berlaku pada : 

  • Penghujung usia kehamilan 
  • Awal kehamilan 

Dalam kebanyakan kes, pendarahan diawal kehamilan adalah perkara biasa dan tidak menandakan masalah yang besar. (Bagaimanapun, haruslah memeriksa kandungan kerana tidak semua pendarahan di awal kehamilan tidak merbahaya).  

 

Pendarahan pada trimester pertama kebiasaannya adalah pendarahan ringan atau spotting boleh berlaku 1 hingga 2 minggu selepas persenyawaan apabila telur yang disenyawakan ditanam di dalam lapisan rahim. Serviks mungkin berdarah lebih mudah semasa hamil kerana lebih banyak saluran darah berkembang di kawasan ini 

 

Bagaimanapun, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan pada awal kehamilan termasuklah : 

  • Jangkitan 
  • Miscarriage (Keguguran) 
  • Kehamilan ektopik 
  • Keradangan 
  • Ketumbuhan pada serviks 

 

Pendarahan di trimester kedua atau ketiga yang banyak adalah tanda yang lebih serius. Pendarahan yang banyak mungkin disebabkan oleh : 

  • Risiko kelahiran pramatang 
  • Masalah pada plasenta 
  • Placenta abruption (placenta terlepas dari dinding rahim)

Di penghujung kehamilan, pendarahan faraj mungkin merupakan tanda bersalin. Jika kelahiran bermula sebelum 37 minggu kehamilan, ia dipanggil kelahiran pramatang. 

 

Segera lakukan pemeriksaan sekiranya Ibu mendapati pendarahan berlaku ketika hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »