Date Release: 21/8/2023
CHOROID PLEXUS CYST : Cyst pada otak janin
Sesetengah janin mempunyai cyst pada otak mereka. Ia dipanggil ‘Choroid Plexus Cyst’. Ia kadangkala akan hilang sendiri dan buat sesetengah kes, ia menunjukkan petanda kecacatan pada bayi.
Choroid Plexus ialah tisu pada otak.
Choroid Plexus Cyst terbentuk apabila cecair terperangkap dalam lapisan sel plexus choroid. Ia boleh menghasilkan satu atau beberapa cyst pada otak.
Choroid Plexus Cyst yang hadir bersama beberapa kecacatan lain seperti jantung berlubang, clench pada tangan, Clubfoot atau kecacatan lain dapat dikesan melalui Sono Ultrasound terutamanya details scan.
**Info tentang details scan
Choroid Plexus Cyst yang hadir bersama kecacatan lain biasanya berkait rapat dengan masalah sindrom seperti Down Syndrome atau Edward Syndrome. Kadangkala Choroid Plexus Cyst yang tidak hadir bersama kecacatan lain (isolated), tidak bermakna janin mempunyai masalah kecacatan seperti diatas.
Hanya ujian amniocentesis dapat memastikan kecacatan dari masalah genetik ini.
Kajian yang dilakukan ke atas kanak-kanak yang didiagnos dengan Choroid Plexus Cyst ini yang mana cyst telah hilang dengan sendirinya tidak menunjukkan sebarang masalah kognitif seperti tingkah laku dan motor skills. Jadi mommies tak perlu risau ya.
Ikut cadangan pakar dan lakukan pemeriksaan prenatal & Sono Ultrasound.
Perlu ke buat Sono Ultrasound?
Cyst jenis ini biasanya tidak memerlukan rawatan, kerana kebanyakannya akan sembuh sendiri. Pembedahan untuk membuang cyst biasanya untuk kes yang jarang berlaku apabila ujian menunjukkan bahawa cyst itu sebenarnya adalah tumor kanser yang dikenali sebagai Choroid Plexus Carcinoma (CPC).