Date Release: 9/8/2023
CYCLOPIA : Bayi Bermata Satu
Apa tu cyclopia?
Cyclopia ialah kecacatan kompleks manusia yang jarang berlaku. Ia boleh membawa maut. Cyclopia terjadi apabila pembelahan bahagian depan otak tidak membelah belahan kanan dan kiri. soket orbital yang tidak lengkap berlaku antara hari ke 18-28 kehamilan.
Kebiasaannya, Cyclopia hadir dengan mata tunggal ditengah-tengah atau mata terbahagi separa, tiada hidung. Ada juga hidung yang kelihatan berada di atas mata.
Dapat detect Cyclopia?
Cyclopia dapat dikesan melalui Sono Ultrasound yang dijalankan pada kandungan. Khususnya bagi Details scan, anatomy scan kerana organ-organ dan anggota bayi akan diukur dan diperiksa.
Risiko terjadinya Cyclopia
- Faktor genetik
- Terdedah dengan radiasi
- Diabetes
- Kelainan kromosom dan genetik
Bayi yang mengalami masalah Cyclopia ini biasanya juga mengalami masalah lain seperti kegagalan organ jantung.
Cyclopia juga boleh menjadi punca keguguran atau lahir mati.
Sono Ultrasound yang berjaya mengesan kecacatan cyclopia ini atau sekiranya terdapat sebarang keraguan atau kelainan pada kandungan, ibu akan dirujuk kepada pakar supaya pemeriksaan lanjut dan perancangan mengenai proses kelahiran dan rawatan dapat dilakukan.
Walaupun tiada bukti mengesahkan punca sebenar cyclopia, Ibu hamil disarankan untuk menjaga kesihatan, pemakanan dan jalani pemeriksaan Sono Ultrasound secara berkala supaya kesihatan ibu dan kandungan dapat dipantau.