Skip to content

Date Release: 25/8/2023

 

𝗗𝗮𝗻𝗱𝘆 𝗪𝗮𝗹𝗸𝗲𝗿 𝗠𝗮𝗹𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻? 

 

𝗤 : Apa itu Dandy Walker Malformation? 

𝗔  : Sindrom Dandy Walker ialah penyakit kelainan genetik. Bayi yang mengalami Sindrom ini, mengalami pembesaran kepala hingga menyebabkan gangguan pada koordinasi dan gerak tubuh, contohnya sukar untuk menggenggam tangan dan berjalan. 

 

𝗤 : Bagaimanakah terjadinya Sindrom Dandy Walker ini 

𝗔 : Ia berlaku kerana terdapat kelainan pada perkembangan otak kecil (cerebellum) dan saluran cairan otak. Fungsi bahagian Otak kecil (cerebellum) adalah bahagian otak yang mengatur pergerakan tubuh. 

 

𝗤 : Bagaimana cara mengesan Sindrom Dandy Walker?  

𝗔 : Seawal dari dalam kandungan, melalui Sono Ultrasound utamanya melalui Details Scan dapat mengesan ciri-ciri kecacatan ini. Hasil dari temuan ciri-ciri kelainan ini, ujian genetik diperlukan untuk mengesahkan Sindrom ini 

 

𝗤 : Apakah risiko bagi penghidap Dandy Walker Syndrome ini? 

𝗔 : Antara masalah yang penghidap Sindrom ini akan hadapi ialah  

  • Penyakit jantung bawaan 
  • Mengalami gangguan dalam pengaturan koordinasi tubuh 
  • Kelainan pada bentuk leher 
  • Kelainan pada mata 
  • Saiz Kepala – 80% penghidap sindrom ini juga mengalami hydrocephalus (pengumpulan cecair pada kepala) 
  • Kerosakan otak 
  • Perkembangan motor skills yang lambat seperti merangkak, mengawal keseimbangan tubuh badan, berjalan dan menggenggam tangan 
  • Polydactyly – mempunyai jari lebihan 

 

𝗤 : Apakah punca berlakunya Sindrom ini? 

𝗔 : Mengukur kajian, Sindrom ini adalah kecacatan genetik dan kelainan kromosom. Antara punca lain ialah kemungkinan Ibu dijangkiti virus rubella atau toxoplasma sewaktu hamil. 

 

Jalani pemeriksaan Sono Ultrasound anda secara berkala, dan tepati temujanji antenatal anda supaya perancangan dan persediaan awal dapat ditentukan. 

 
Translate »