Date Release: 9/10/2023
Kehamilan Kembar Dalam Dua Rahim
Didelphys Uterus ialah keadaan dimana Wanita itu mempunyai dua rahim/ rahim berganda. Ia adalah kelainan kongenital yang jarang berlaku. Dalam janin wanita, rahim bermula sebagai dua tiub kecil. Apabila janin berkembang, tiub biasanya bergabung untuk mencipta satu organ berongga yang lebih besar iaitu rahim.
Kadangkala, tiub tidak bercantum sepenuhnya. Sebaliknya, setiap satu berkembang menjadi struktur yang berasingan.
Didelphys Uterus ini mungkin mempunyai satu bukaan (serviks) ke dalam satu faraj, atau setiap rongga rahim mungkin mempunyai serviks (dua rahim dan dua serviks).
Rahim berganda ini selalunya tidak menunjukkan gejala. Ia mungkin ditemui semasa pemeriksaan pelvis biasa atau semasa ujian Sono Ultrasound untuk menentukan punca keguguran berulang atau haid berpanjangan.
Kebanyakan wanita dengan rahim berganda mempunyai kehamilan dan kelahiran yang normal. Tetapi kadangkala rahim berganda dikaitkan dengan keguguran, kemandulan, kelahiran pramatang dan masalah buah pinggang.
Kebarangkalian wanita yang mempunyai uterus didelphys hamil anak kembar, iaitu satu untuk setiap rahim (dicavitary twin) adalah sangat jarang berlaku.
Berdasarkan kajian, kembar ini adalah biovular dalam semua kes, di mana dua ovum mungkin berasal dari dua folikel ovari yang sama atau dalam kedua-dua ovari, ovulasi mungkin berlaku semasa kitaran yang sama.
Sewaktu proses kelahiran, pengecutan kedua-dua rahim mungkin tidak bermula serentak. Sela masa bersalin antara kembar mungkin berbeza dari beberapa jam atau mungkin beberapa minggu.
Kehamilan kembar di kedua-dua belah rahim berganda ini mungkin boleh :
- Melalui kelahiran normal sekiranya tiada komplikasi lain dan bergantung pada kedudukan bayi.
- Memerlukan pembedahan cesarean
- Satu kembar melalui kelahiran normal dan satu lagi melalui kaedah cesarean.