Date Release: 1/10/2023
Amniotic Fluid Embolism Membahayakan Nyawa Ibu dan Bayi
Embolisme cecair amniotik adalah keadaan yang jarang berlaku dan sangat berisiko tinggi. Ia berlaku apabila cecair amniotik (air ketuban) atau sel-sel janin, memasuki aliran darah ibu melalui uri dan akan memberi tindakbalas. Tindak balas ini akan menyebabkan kegagalan jantung dan peparu serta pendarahan yang banyak.
Sistem imun bertindak balas dengan mengeluarkan bahan yang menyebabkan tindak balas keradangan, yang mengaktifkan pembekuan darah yang tidak normal dalam paru-paru dan saluran darah ibu. Ini boleh mengakibatkan gangguan pembekuan darah yang serius.
Embolisme cecair amniotik berkemungkinan besar berlaku semasa bersalin atau dalam tempoh selepas bersalin.
Embolisme cecair amniotik sukar untuk didiagnosis. Jika doktor anda mengesyaki anda mungkin mengalaminya, anda memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi yang boleh mengancam nyawa.
Embolisme cecair amniotik biasanya berlaku dengan sangat pantas. Tanda dan gejala amniotic fluid embolism ialah :
- Berlaku tekanan darah rendah secara mendadak
- Cecair berlebihan dalam paru-paru
- Sesak nafas secara tiba-tiba
- Berlakunya pembekuan darah
- 5️gagalan jantung berlaku secara tiba-tiba untuk mengepam darah
- Fetal distress
- Pendarahan pada rahim
Kajian mencadangkan terdapat beberapa faktor meningkatkan risiko embolisme cecair amniotik :
- Faktor lanjut usia
- Preeclampsia
- Masalah pada placenta seperti placenta Previa (uri rendah), placenta abruption (uri tanggal dari dinding rahim)
- Polyhydramnios
Embolisme cecair amniotik boleh menyebabkan komplikasi serius buat Ibu dan bayi, Antaranya ialah :
- Kecederaan otak
- Kematian ibu
- Ibu yang terselamat daripada embolisme cecair amniotik memerlukan rawatan di unit rawatan rapi dan mungkin menghabiskan masa yang lama di hospital
- Kematian bayi