Skip to content

Date Release: 25/7/2023

 

Fakta tentang Sono Ultrasound 

 

 

  • Jantung bayi usia 20minggu sebesar jari kelingking dewasa. Detail anatomi scan dilakukan pada usia ini dan mengesan masalah pada jantung bayi 

 

 

  • Bayi sebenarnya menangis sejak dari dalam kandungan lagi. Tahukah anda imej bayi menangis dengan muka berkerut,menggetarkan bibir bawahnya  dapat dilihat melalui Sono Ultrasound?  

 

 

  • Janin berusia 7 minggu telah mula menelan air ketuban. Bayi membuka mulut dan kelihatan seperti menelan air ketuban didalam sesi Sono Ultrasound (bayi yang telah besar usia kehamilan) 

 

 

  • Bayi yang berusia 18minggu hanya sebesar keledek ungu (sweet potato). Details scan dilakukan pada usia ini, dan semua ukuran bayi diambil seperti kepala, jari,otak, organ dalaman, muka, kaki dan tangan, berat bayi, jantina, tulang belakang, air ketuban dan uri 

[Info mengenai Detail Scan] 

 

 

  • Parut luka pembedahan ceaser dapat dilihat melalui Sono Ultrasound scan.

 

  • Sono Ultrasound adalah teknik pengimejan yang paling selamat dan tiada kesan sampingan.

 

  • Sono Ultrasound mempunyai pelbagai tujuan. Dahulu, imbasan ultrasound digunakan untuk mengesan sama ada wanita hamil atau tidak. Tetapi selepas itu, ramai pakar mula menggunakannya untuk beberapa tujuan seperti pengesanan tumor, mendedahkan masalah jantung dan banyak lagi. 

 

  • Pemeriksaan Sono Ultrasound disokong oleh 90% pakar kardiologi, pakar neurologi dan pakar bedah vaskular. 

 

  • Sono Ultrasound : details scan/ nuchal translucency scan dapat mengesan beberapa jenis kecacatan fizikal pada bayi dalam kandungan. Diantaranya ialah 

masalah jantung 

ciri-ciri/soft marker kepada down syndrome (memerlukan beberapa siri ujian seperti ujian darah dan analisis amniotic fluid bagi memastikan kecacatan jenis ini)

– Clubfoot

 

  • Sono Ultrasound banyak membantu dalam menangani/mengesan masalah awal berkenaan kandungan, masalah berkaitan rahim (samada mengandung atau tidak).

Diantaranya ialah 

– Placenta Previa/uri rendah. Info berkenaan uri rendah

– cyst, fibroid, polyps  

 

  • Sono Ultrasound membantu ibu-bapa lebih bersedia berkenaan kondisi anak yang dikandung dan dapat membantu supaya proses kelahiran dan rawatan dapat dirancang lebih rapi.

 

  • Sono Ultrasound dapat mengira usia kehamilan (selain daripada mengambil kira tarikh LMP; tarikh pertama period yang terakhir) 

 

  • Sono Ultrasound (contohnya seperti details scan, NT scan dan lain-lain) memerlukan kepakaran sonographer dan teknik tertentu  supaya mendapat angle dan ukuran yang tepat. 
 
Translate »