Skip to content

Date Release: 9/8/2023

FAQ TENTANG SONO ULTRASOUND 

 

Ramai ibubapa yang masih tidak jelas tentang Sono Ultrasound dan bila waktu yang sesuai untuk dapatkan gambar yang jelas 

 

Q : Saya tak tahu nak pilih yang mana satu. Scan apa yang paling penting untuk kandungan? 

Setiap scan Sono Ultrasound adalah berbeza mengikut tujuan. Ibu-bapa digalakkan untuk melakukan Details Scan supaya bayi dalam kandungan ibu dapat diperiksa dengan teliti 

Antara fungsi detail scan ialah menilai jumlah air ketuban, saiz bayi, jantina, berat bayi, struktur kepala, struktur muka, struktur jantung, struktur otak, memeriksa organ dalaman, tangan, tulang belakang, kaki, dinding abdomen. 

Kebanyakan kecacatan pada bayi dikesan sewaktu sesi details scan.  

 

Q : Bilakah waktu yang sesuai untuk buat Scan 5D? 

24 minggu keatas , muka bayi lebih realistik dan baby sudah sedikit berisi. 

 

Q : Tepatkah Sono Ultrasound ni? 

Bergantung kepada posisi bayi, pengalaman operator. Posisi bayi yang menutup muka, melengkungkan badan dan menghadap tulang belakang ibu menyebabkan kesukaran untuk memeriksa. Bagaimanapun pengalaman operator/sonographer untuk mendapatkan imej yang jelas 

 

Q : Bagaimana Sono Ultrasound boleh kesan masalah pada bayi? 

Melalui Sono Ultrasound, bertujuan untuk mengukur dan memeriksa fizikal kandungan. Sekiranya terdapat sebarang keganjilan/kelainan pada bayi, ibu perlu lakukan pemeriksaan lanjut.

 
Translate »