Skip to content

Date Release: 7/9/2023

Hamil setelah BTL

 

Bilateral tubal ligation methods: An overview - SterilizationAunty

 

Kehamilan boleh terjadi setelah melakukan BTL tetapi dalam peratusan yang sangat rendah. 

 

Dianggarkan 1 daripada 200 wanita akan hamil selepas melakukan BTL. Pengikatan tiub fallopio boleh meningkatkan risiko kehamilan ektopik. Telur yang disenyawakan ditanam di dalam tiub fallopio dan bukannya pergi ke rahim. Kehamilan luar rahim ini merbahaya sekiranya berlaku 

 

Kehamilan ektopik ini boleh membawa maut kepada janin dalam kandungan. Ia tidak dapat hidup di luar rahim. Bagi melindungi nyawa Ibu, rawatan dengan kadar segera adalah penting untuk melindungi nyawa ibu. Jika telur telah ditanam di dalam tiub fallopio dan tiub itu pecah, kemungkinan berlaku pendarahan dalaman yang teruk adalah tinggi. 

 

Jom kita tengok apa Itu BTL? 

 

BTL atau Bilateral Tubal Ligation ialah prosedur pembedahan yang mengikat tiub fallopio untuk menghalang ovum (telur) daripada disenyawakan. Ia boleh dilakukan dengan membakar, memotong atau mengeluarkan bahagian tiub fallopio atau dengan meletakkan klip pada setiap tiub. 

 

Proses melakukan BTL ialah anda akan diberikan anestesia am yang akan membuatkan anda tidur. Satu hirisan akan dibuat di pusat dan tiga hirisan kecil akan dibuat di bahagian bawah abdomen. Gas akan dipam ke dalam perut untuk membantu Pakar Bedah melihat rahim, ovari dan tiub fallopio. Laparoskop ialah alat teleskopik yang digunakan untuk mengesan posisi tiub fallopio 

 

Bahagian kecil setiap tiub akan dipotong dan dikeluarkan. Hujung yang terputus akan diikat dan dibakar dengan alat kauter, atau klip boleh diletakkan pada setiap tiub. Kulit yang dipotong akan ditutup dengan jahitan yang akan larut. 

 

Risiko melakukan BTL : 

  • Berlaku jangkitan atau pendarahan 
  • Alahan terhadap ubatan ketika proses BTL dilakukan 

 

Apabila melakukan BTL, ia mengganggu tiub fallopio supaya telur tidak disenyawakan dengan sperma, dan kehamilan tidak boleh berlaku. Ibu masih akan mengalami ovulasi selepas pengikatan tiub, tetapi telur akan diserap oleh badan dan bukannya melalui tiub fallopio dan ke dalam rahim 

 

Segera dapatkan pemeriksaan Sono Ultrasound sekiranya anda mendapati diri mengalami simptom kehamilan dan anda mendapati diri sedang hamil setelah anda melakukan prosedur BTL untuk mengelakkan risiko pendarahan dari berlaku. 

Translate »