Date Release: 23/8/2023
𝗛𝗼𝗹𝗼𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝗻𝗰𝗲𝗽𝗵𝗮𝗹𝘆, 𝗖𝗮𝗰𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗱𝗮 𝗢𝘁𝗮𝗸 𝗝𝗮𝗻𝗶𝗻
Holoprosencephaly ialah kecacatan pada otak janin yang berlaku apabila otak tidak membelah menjadi dua.
Otak janin terbentuk di awal bulan pertama lagi. Kerana proses perkembangan otak ini terganggu, maka berlakunya kecacatan pada otak janin.
Ciri-ciri kelainan yang terdapat bagi kecacatan Holoprosencephaly ini dapat dikesan melalui pemeriksaan Sono Ultrasound.
Ciri-ciri kecacatan Holoprosencephaly ialah :
- Ukuran kepala yang kecil
- Sumbing bibir dan lelangit
- Ukuran mata yang berdekatan (jarak antara mata yang tidak normal)
- Cyclopia (mata satu)
- Lahir tanpa mata
- Kejang
- Hydrocephalus
- Masalah pada jantung
Terdapat beberapa tahap kecacatan otak Holoprosencephaly :
1. Lobar holoprosencephaly
Ia adalah bentuk kecacatan paling ringan. Bagi kes ini, kehadiran lobus (bahagian Otak) hampir dipisahkan dengan sempurna , walaupun pemisahan ini tidak dilakukan di lobus frontal dan biasanya tidak mempunyai septum pellucidum.
2. Semilobar
Holoprosencephaly jenis ini, otak terbahagi menjadi dua belahan, tetapi bahagian depan otak bercantum.
3. Alobar
Otak tidak terbahagi menjadi dua belahan dan kelainan bentuk wajah yang agak teruk, termasuk mata tunggal (Cyclopia).
Holoprosencephaly Interhemispheric
Pembahagian otak tidak berlaku di bahagian tengah.
Holoprosencephaly dikaitkan berpunca daripada :
- Masalah Genetik & Kromosom
- Masalah kencing manis Ibu yang tidak terkawal
- Pengambilan alkohol & ubat-ubatan
Kadangkala, bagi kes Holoprosencephaly yang ringan adalah sukar untuk dikesan.
Periksa kandungan dan ikutlah jadual antenatal yang ditetapkan supaya pemantauan dapat dijalankan untuk kesihatan Ibu dan kandungan.