Date Release: 18/8/2023
Pentingnya pemeriksaan jantung bayi sewaktu details scan
Melalui Sono Ultrasound, bahagian dalam jantung bayi dapat dilihat dan ia memberi maklumat adakah jantung bayi anda berfungsi dan terbentuk dengan baik. Melalui Sono Ultrasound, dapat dikesan sebarang kelainan pada aliran darah atau degupan jantung bayi.
Bagaimanapun kebanyakan kes jantung berlubang bersaiz kecil kurang 2mm adalah agak sukar dikesan kerana saiznya yang terlalu kecil.
Sewaktu sesi details scan, menggunakan 2D imej, juga memeriksa keadaan jantung bayi. Ia memerlukan teknik yang betul dan agak kompleks. Antara bahagian jantung yang perlu diteliti ialah 4 kebuk jantung,Salur darah, Saiz jantung dan lain-lain.
Antara masalah berkaitan jantung yang dapat dikesan melalui Sono Ultrasound ialah :
- Injap tidak berfungsi
- Tiada Injap
- Jantung terbalik
- Jantung bengkak
Fetal Echocardiography atau fetalecho ialah ujian menggunakan Sono Ultrasound untuk memeriksa jantung bayi bagi mengesan sebarang masalah semasa bayi dalam kandungan.
Terdapat beberapa kategori yang memerlukan fetal echo dilakukan secara details iaitu:
- Ibu hamil yang mengambil ubat-ubatan yang dapat memberi kesan masalah jantung bawaan pada bayi
- Ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes atau yang disahkan menghidapi rubela
- Bayi didiagnosis dengan kecacatan genetik seperti Down Syndrome
- Bayi yang dikesan mempunyai masalah dengan degupan jantung sewaktu sesi Sono Ultrasound.
- Ayah atau Ibu dilahirkan dengan masalah jantung bawaan
- Kelahiran sebelumnya mengalami masalah jantung.
Adalah penting untuk melakukan details scan, Sono Ultrasound kerana ia dapat mengesan masalah pada bayi terutamanya pada jantung. Salah satu organ penting pada bayi. Sekiranya masalah dikesan, Ibu akan dirujuk kepada pakar dan perancangan serta rawatan dapat dirancang.