Date Release: 17/8/2023
Pierre Robin Syndrome
Pierre Robin Syndrome ialah kecacatan perkembangan pada bahagian rahang muka.
Ciri-ciri Sindrom Pierre Robin ialah :
- Rahang & dagu yang sangat kecik
- Berlakunya jangkitan telinga yang kerap hingga merosakkan pendengaran
- Cleft Palate
- Lelangit mulut yang tinggi
- Refluks gastrik
- Malformasi pada Gigi
- Perubahan pada bentuk hidung
Kecacatan utama yang jelas buat Pierre Robin Syndrome ialah pada rahang bawah yang berlaku pada 7-11 minggu usia kehamilan.
Melalui Sono Ultrasound, dapat dilihat profil muka janin yang cacat pada bahagian rahang. Dapat juga dikesan masalah polyhydramnios. Sono Ultrasound yang lebih terperinci akan dijalankan untuk melihat bayi dalam kandungan dengan teliti untuk mengesan kecacatan kelahiran yang lain.
Bayi yang telah didiagnosis sejak dalam kandungan mempunyai ciri-ciri anomaly ini, sewaktu proses kelahiran nanti, pakar neonatal, akan bersedia untuk membantu sebaik sahaja bayi dilahirkan kerana sindrom ini kebanyakannya mempunyai masalah pernafasan.
Sesetengah bayi mungkin memerlukan pembedahan dan penjagaan rapi bagi mengatasi masalah terutamanya masalah pernafasan.
Isu terbesar buat bayi yang menghidapi Pierre Robin Syndrome ialah :
- Masalah pernafasan
- Penyusuan : Sumbing lelangit dan lidah yang kecil membuatkan bayi mengalami kesukaran ketika menyusu. Kadangkala tiub penyusuan akan diletakkan didalam perut bayi untuk memastikan bayi mendapat zat yang mencukupi.
Tiada kajian yang jelas tentang punca terjadinya sindrom ini, ada antaranya mencadangkan masalah pada genetik. Urutan tentang masalah anomali sindrom ini bermula dengan rahang yang tidak berkembang hingga berlakunya anjakan pada lidah dan berlakunya sumbing lelangit.