Skip to content

Date Release: 29/8/2023

 

Polydactyly : Bayi yang mempunyai lebihan jari

 

Incidence of Polydactyly

 

Tahukah mommy, sewaktu details scan, jari tangan dan jari kaki bayi akan diperiksa.

Jari yang lebih dipanggil Polydactyly.  

 

Ia boleh jadi salah satu samada tangan atau kaki. Atau mungkin kedua-duanya.

Polydactyly biasanya terjadi pada hujung jari tangan atau pada hujung jari kaki.  

 

Ia adalah keadaan yang biasa berlaku. Buat sesetengah kes, ia mungkin genetik/keturunan.

Jari tambahan biasanya kecil dan berkembang secara tidak normal. 

 

Polydactyly boleh dikesan semasa sesi Sono Ultrasound terutamanya sewaktu details scan.  

 

Jari tambahan ini biasanya berada 

  1. Pada bahagian hujung jari kelingking — paling biasa berlaku 
  2. Pada bahagian ibu jari, juga dipanggil duplikasi ibu jarijarang berlaku 
  3. Pada bahagian tengah tangan — sangat jarang berlaku 

 

Jari tambahan ini biasanya kecil dan berkembang secara tidak normal dan boleh terdiri daripada: 

  • kulit dan tisu lembut 
  • kulit, tisu lembut, dan tulang tetapi tiada sendi 
  • kulit, tisu lembut, dan tulang dengan sendi 

 

Apabila bayi membesar didalam rahim, pada mulanya tangan terbentuk seakan-akan bentuk dayung (paddle) dan akan terbahagi menjadi jari-jari. Apabila proses ini berlaku lebih lama daripada biasa, satu jari membahagi semula, mencipta jari tambahan 

 

Lebihan jari ini memerlukan pembedahan untuk membuangnya. Lebihan jari ini samada diikat atau dipotong ditempat bercantumnya, dan jari tambahan itu akan mengecut dan gugur dengan sendiri kira-kira dalam masa dua minggu. 

Translate »