Date Release: 17/10/2023
Senarai To-do List Kehamilan; Apa Yang Perlu Anda Lakukan
Buat ibu yang baru pertama kali hamil pasti anda tertanya-tanya apa yang perlu anda lakukan dan apa yang perlu anda sediakan dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukan anatomy scan, NT scan dan bermacam-macam lagi.
Anda boleh download dan semak To-Do List dibawah sebagai rujukan anda.
Trimester Pertama
Trimester pertama adalah masa yang penting untuk perkembangan bayi anda. Adalah penting untuk menjaga diri anda dan si kecil anda yang sedang membesar. Berikut ialah senarai tugasan kehamilan untuk trimester pertama:
1) Mulakan pengambilan vitamin prenatal yang mengandungi asid folik dan nutrien penting lain untuk menyokong perkembangan awal bayi didalam kandungan kerana ia membantu mencegah kecacatan kelahiran tertentu pada otak dan tulang belakang bayi.
2) Penting untuk anda sediakan tarikh penting seperti hari pertama period terakhir anda sebelum hadir ke pusat pemeriksaan dan sediakan semua soalan penting yang perlu anda tahu.
3) Jadualkan pemeriksaan pertama anda. Pemeriksaan pertama ini bertujuan untuk mengesahkan kehamilan anda, menilai kesihatan anda secara keseluruhan dan memberikan anda maklumat penting tentang penjagaan diawal kehamilan.
4) Elakkan perkara memudaratkan seperti pengambilan alkohol, dadah terlarang dan merokok kerana ia boleh membahayakan perkembangan bayi anda.
5) Fokus pada diet seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan menu anda dengan pelbagai sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, protein tanpa lemak dan produk tenusu. Adalah penting untuk anda elakkan makanan mentah atau kurang masak, ikan bermerkuri tinggi dan produk tenusu yang tidak dipasteur.
6) Uruskan tekanan dan dapatkn rehat yang cukup.
7) Baca buku mengenai kehamilan, dapatkan ilmu sebanyak mungkin mengenai kelahiran (bersalin) dan keibubapaan . Anda boleh dapatkan info tentang kelas prenatal.
Trimester Kedua
Tahniah kerana telah mencapai trimester kedua kehamilan anda! Trimester kedua sering dianggap sebagai “golden period”, Ini kerana di trimester kedua lah ramai wanita mula kurang dan hilang simptom kehamilan seperti morning sickness, tidak lalu makan dan kebanyakan wanita hamil mula rasa bertenaga pada trimester ini. Antara To-Do List anda pada trimester kedua ialah :
1) Teruskan menghadiri pemeriksaan prenatal anda seperti yang dijadualkan kerana ia penting untuk memantau perkembangan bayi dan memantau kesihatan anda.
2) Anatomy Scan boleh dibuat diusia kandungan 18-29 minggu.
3) Exercise secara ringan supaya kekal sihat
4) Hadiri kelas prenatal, hypnobirthing
5) Lembapkan kulit dengan bahan seperti shea butter, vit E
6) Dapatkan pakaian longgar dan lebih selesa
7) Bincangkan pelan kelahiran dengan pakar anda
8) Dapatkan maklumat mengenai polisi cuti bersalin di tempat kerja anda
Trimester Ketiga
Selamat memasuki trimester ketiga kehamilan anda! Trimester ketiga adalah masa yang paling ditunggu-tunggu kerana anda kini semakin hampir dengan kelahiran bayi anda. Berikut ialah To-Do List anda :
1) Teruskan pemeriksaan prenatal
2) Mula memantau pergerakan bayi anda dan lakukan kiraan pergerakan bayi anda setiap hari.
3) Pek beg hospital anda dengan barang keperluan untuk bersalin, bersalin dan selepas bersalin, seperti pakaian yang selesa, peralatan mandian, makanan ringan dan barangan untuk bayi.
4) Ikuti kelas penyusuan
5) Pasang tempat duduk kereta bayi (carseat)
6) Sediakan keperluan bayi anda dirumha termasuklah pakaian, tempat tidur danperlatan keperluan lain.
7) Bincangkan tentang penjagaan selepas bersalin