Skip to content

Date Release: 28/8/2023

 

𝗨𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗢𝗿𝗴𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗛𝗲𝗯𝗮𝘁! 

 

Hysterectomy | healthdirect

 

Uterus atau Rahim adalah organ yang terdapat didalam tubuh Wanita. Ia adalah organ berongga yang terletak di pelvis.  

 

Ovari menghasilkan telur yang bergerak melalui tiub fallopio dan apabila telur telah meninggalkan ovari, ia boleh disenyawakan dan menempel didalam lapisan rahim. Fungsi utama rahim adalah untuk menampung janin yang sedang berkembang sebelum ia dilahirkan. 

 

Rahim adalah berukuran 6-8cm (2.4 hingga 3.1 inci) panjang, ketebalan dinding adalah lebih kurang 2-3cm (0.8 hingga 1.2 inci). Lebar Rahim adalah berbeza-beza, kebiasaanya kira-kira 6cm lebar 

 

Jadi, bayangkan Saiz asal rahim yang berukuran 6cm lebih kurang saiz sebiji lemon akan membesar hingga saiz sebiji tembikai. Dan proses selepas kelahiran, saiz rahim kembali kepada saiz asal. Ajaib kan? 

 

Rahim memainkan peranan penting dalam organ pembiakan. Ia bertanggungjawab untuk implantasi dan penyuburan ovum yang disenyawakan. Selain itu, organ ini membolehkan proses kelahiran dengan menolak bayi melalui pengecutan otot. 

 

Dalam keseluruhan kehidupan pembiakan wanita, rahim menyediakan dirinya untuk kehamilan sekitar hampir 500 kali. Ini juga bermakna anda mendapat hampir sekitar 500 kali haid. 

 

Rahim terdiri daripada tiga lapisan tisu yang berbeza iaitu : 

  • Perimetrium: Lapisan luar tisu yang diperbuat daripada sel epitelium 
  • Myometrium: Lapisan tengah yang diperbuat daripada tisu otot licin 
  • Endometrium: Lapisan dalam yang terkumpul selama sebulan dan akan terbuang jika kehamilan tidak berlaku 

 

Sewaktu proses kehamilan, rahim membesar dan dinding otot menjadi lebih nipis, seperti belon yang telah ditiup, untuk menampung janin yang sedang berkembang dan cecair amniotik (air ketuban) dihasilkan pertama kali oleh ibu dan kemudian oleh rembesan air kencing dan paru-paru bayi. 

Translate »