Skip to content

Date Release: 19/7/2023

 

Pernah dengar tentang Yolk Sac? 

 

Pada awal kehamilan di usia 6 minggu, melalui Sono Ultrasound akan terlihat bentuk bulat yang biasa dipanggil kantung atau IUGS (Intrauterine Gestational Sac) dan didalamnya terdapat seperti cincin kecil dipanggil Yolk Sac. 

 

Pada awal kehamilan, tumpuan akan diberikan kepada gestational sac dan yolk sac ini. Ukuran saiz dan perkembangannya akan diperhatikan 

 

Yolk sac mempunyai bentuk cincin dengan dinding nipis dan ia menjalankan fungsi yang penting pada bulan pertama kehamilan 

 

Fungsi yolk sac :  

– Sumber nutrien kepada bayi sebelum plasenta mengambil alih 

– Terlibat dalam proses pernafasan 

– Berkait dengan usus bayi 

– Terjadinya pembentukan kapilari pertama dan sistem peredaran darah janin 

– Menjalankan fungsi hati 

 

**Pentingnya pembentukan yolk sac untuk perkembangan janin yang normal. Yolk sac yang gagal ketika proses pembentukan, boleh terjadinya pengguguran.   

 

Ketiadaan kantung sewaktu sesi Sono Ultrasound scan adalah kerana: 

– Usia kandungan tidak sama dengan perkiraan tarikh mula period (kitaran haid tidak teratur) 

– Biasanya ibu akan disarankan untuk mengulangi sesi Sono Ultrasound satu minggu atau dua minggu lagi 

– Tanda keguguran 

 

Yolk Sac pergi mana? 

Tiga bulan pertama, embrio dan plasenta akan terbentuk sepenuhnya dan yolk sac ini tidak diperlukan lagi dimana tisunya akan beransur-ansur dikurangkan. Sehinggalah akhir kehamilan, yolk sac ini masih ada tetapi dalam bentuk seperti bulatan/cyst yang kecil dan berada berhampiran tali pusat. 

 
Translate »