week 10 / minggu 10
Week 10
Most of the fetus’s major organs and body systems have formed and are already functioning. The heart is fully formed and beating fast.
While the kidneys, liver and digestive system have also started to function. The fetus looks more human than during the embryonic phase with the development of the lips, tongue and nose. The fetal eyes have moved closer together, and the ears have shifted to the correct position on the side of the head. Now, fingers and toes have also completely separated, nails have also started to form.
Symptoms
You may feel indigestion and heartburn. Your breasts may also become larger, tender, or sore. You may also notice that your nipples are darker or more sensitive.
As your uterus expands, it puts pressure on your bladder, which can cause you to urinate more often.
Tips For You
If you experience indigestion and heartburn, avoid spicy food, eat food in small quantities and often. It will help your digestive system so that the stomach and intestines can process food more efficiently and reduce the possibility of indigestion and heartburn.
With the growing uterus, as well as your growing belly, it is the right time to start using stretch mark cream. Apply in a circular motion on the abdomen, thighs and hips to prevent severe stretch marks.
Sono Ultrasound
You can start to get an appointment for the NICC test. NICC test or Non Invasive Chromosomes Check function is to detect chromosomal abnormalities in the fetus such as Down Syndrome, Patau Syndrome and Edward Syndrome. This test only uses blood taken from the arm. This NICC test is 99% accurate, easy and safe.
Minggu 10
Kebanyakan organ dan sistem badan utama janin telah terbentuk dan sudah mula berfungsi. Jantung terbentuk sepenuhnya dan berdegup kencang. Manakala buah pinggang, hati dan sistem pencernaan juga sudah mula berfungsi.
Janin kelihatan lebih seperti manusia berbanding semasa fasa embrio dengan berkembangnya bibir, lidah dan hidung. Mata janin telah bergerak lebih rapat, dan telinga telah beralih ke kedudukan yang betul di sisi kepala. Sekarang, jari tangan dan kaki juga telah terpisah sepenuhnya, kuku juga sudah mula untuk terbentuk.
Simptom
Anda mungkin berasa senak dan pedih ulu hati. Payudara anda juga mungkin menjadi lebih besar, lembut, atau sakit. Anda juga mungkin perasan bahawa puting anda lebih gelap atau lebih sensitif.
Apabila rahim anda mengembang, ia memberi tekanan pada pundi kencing anda, yang boleh menyebabkan anda membuang air kecil dengan lebih kerap.
Tips Untuk Anda
Sekiranya anda mengalami rasa senak dan pedih ulu hati, elakkan makanan yang pedas, makan makanan dengan kuantiti yang kecil dan kerap. Ia akan membantu sistem penghadaman anda supaya perut dan usus dapat memproses makanan dengan lebih cekap dan mengurangkan kemungkinan senak dan pedih ulu hati.
Dengan rahim yang semakin mengembang, begitu juga perut anda yang semakin membesar, adalah masa yang tepat untuk memulakan penggunaan krim stretch mark. Sapu dengan arah membulat di bahagian perut, peha dan pinggul untuk mengelakkan kesan stretch mark yang teruk.
Sono Ultrasound
Anda sudah boleh mula untuk dapatkan temujanji bagi NICC test. NICC test atau Non Invasive Chromosomes Check untuk mengesan kelainan kromosom pada janin seperti Down Syndrome, Patau Syndrome dan Edward Syndrome. Ujian ini hanya menggunakan darah yang diambil pada bahagian lengan. Ujian NICC ini adalah 99% tepat, mudah dan selamat.