Date Release: 24/10/2023
Tujuh Perkara Penting Suami Perlu Tahu Mengenai Kehamilan
Wanita hamil tidak sepatutnya berasa seperti mereka dalam perjalanan untuk menjadi ibu seorang diri. Sebagai suami, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui tentang kehamilan untuk menyokong dan melibatkan diri dalam perjalanan penting ini bersama pasangan anda. Berikut adalah beberapa perkara penting yang suami perlu tahu.
- Peringkat Kehamilan
Fahami fasa di setiap peringkat kehamilan, termasuklah perubahan yang berlaku di setiap setiap fasa. Ia akan membantu anda memahami dengan lebih baik apa yang pasangan anda alami dan apa yang perlu anda jangka nanti.
- Sokongan Emosi
Semasa hamil, perubahan hormon semasa hamil menyebabkan pasangan anda mudah terganggu dan menjadi lebih sensitif. Sentiasa berikan sokongan emosi, menjadi pendengar terbaik, bersabar dan fahamilah pasangan anda.
- Rancangan Kelahiran
Bincang dan rancang bersama untuk rancangan kelahiran. Contohnya, pilihan tempat bersalin, doktor bersalin pilihan (swasta) dan sebagainya.
- Pengalaman berbeza
Setiap kehamilan adalah berbeza bagi setiap wanita dan jangan sekali-kali meragui apa yang dikatakan wanita tentang apa yang dia alami.
- Pengalaman Baru
Adalah mudah untuk mengandaikan bahawa bakal ibu tahu apa yang dia lakukan hanya kerana dia seorang wanita. Sebenarnya, setiap hari adalah pengalaman baharu apabila wanita mengandung bayi pertama anda. Wanita hamil mempunyai ketakutan dan banyak persoalan, sama seperti pasangan mereka, dan cara mereka mengatasi ketakutan itu adalah berbeza-beza.
- Memahami
Banyak perkara yang berlaku semasa trimester pertama, dan ianya meletihkan! Trimester pertama boleh menjadi bahagian kehamilan yang paling sukar bagi sesetengah wanita dan sokongan serta suami yang memahami adalah penting.
- Kerjasama
Ya, semasa kehamilan, wanita melakukan kebanyakan kerja , tetapi lelaki juga mempunyai peranan penting. Dengan memberi sokongan emosi dan kekal berbincang dengan pasangan mengenai perancangan yang bakal dilakukan kelak merupakan persediaan penting untuk menjadi ibu bapa.
Adalah penting buat suami untuk membantu, memberi sokongan, menjadi pendengar yang setia dan memahami isteri disaat anda diperlukan. Tanggungjawab membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama.