Date Release: 28/7/2023
Tumor dalam kandungan?
Placenta Chorioangoma adalah tumor yang berada di placenta.
Tumor pada Plasenta juga dikenali sebagai Placenta Chorioangoma yang berada di plasenta.
Tumor ni ditemui melalui Sono Ultrasound kerana biasanya tumor ini tidak menunjukkan gejala.
Placenta Chorioangoma juga kadangkala memberi kesan kepada bayi dalam kandungan dan menghalang pemberian nutrisi kepada bayi apabila saiznya membesar.
Faktor risiko Chorioangoma :
- Umur ibu
- Diabetes
- Darah Tinggi
- Kelahiran Pramatang
- Kehamilan kembar
Dari sudut pandangan histologi, Chorioangoma boleh dikelaskan kepada jenis kapilari, selular dan degeneratif.
Chorioangiomas adalah tumor vaskular, bermakna ia terdiri daripada saluran darah dan terdapat 1% kehamilan yang mengalami tumor ini.
Risiko kepada bayi dalam kandungan:
- Anemia
- Pengumpulan cecair dan bengkak di beberapa bahagian badan bayi
- Thrombocytopenia
- Kardiomegali (Masalah pada jantung)
- Kegagan jantung bayi
- Strok janin
- Bekuan darah dalam urat tali pusat (Trombosis)
- Kematian neonatal
[INFO]
Chorioangioma yang lebih besar biasanya didiagnosis semasa sesi Sono Ultrasound, selalunya pada trimester kedua.
Chorioangioma kecil yang tidak menyebabkan gejala selalunya tidak dapat dikesan. Dalam sesetengah kes, chorioangioma kecil tidak ditemui sehingga selepas kelahiran, apabila plasenta dikeluarkan dan diperiksa.
Sekiranya kandungan didapati mengalami kes seperti ini, tindakan lanjut adalah penting :
- Sono Ultrasound anatomy detail scan perlu dilakukan untuk mengesahkan tumor ini dan mencari kelainan lain pada kandungan.
- MRI ultra-pantas untuk pandangan yang lebih terperinci tentang anatomi janin
- Ekokardiogram janin untuk memeriksa jantung bayi
- Ultrasound Doppler untuk memeriksa aliran darah ke tumor
- Amniosentesis dan analisis kromosom untuk mengenal pasti sebarang anomali kromosom
Ibu perlu diperiksa dengan kerap melalui Sono Ultrasound scan bagi memeriksa keadaan janin dari semasa ke semasa supaya sebarang komplikasi dapat dielakkan.