Skip to content

Blog: Epidural perlu atau tidak? 

Date Release: 6/10/2023

Epidural perlu atau tidak? 

 

Epidural ialah prosedur yang menyuntik anestetik tempatan ke dalam ruang di sekeliling saraf tulang belakang di bahagian bawah punggung anda. Anestetik ini biasanya menghalang kesakitan akibat kontraksi bersalin dan semasa kelahiran dengan sangat berkesan 

 

Kebiasaannya epidural tidak akan diberi terlalu awal kerana khuatir Ibu hanya mengalami ‘false labour‘. Epidural hanya diberi apabila pakar benar-benar yakin Ibu didalam fasa ‘active labour 

 

Prosedur Epidural :  

Sebatang jarum diletakkan di antara tulang belakang samada di pinggang atau di tengah belakang setelah anda diberikan bius pelali 

Satu tiub plastic yang kecil dipanggil catheter akan dimasukkan melalui jarum ini ke ruang epidural.  

3️ Jarum epidural kemudiannya akan dikeluarkan dan ubat epidural akan diberi melalui catheter ini. Kesan epidural dapat dirasai 10-20minit selepas itu 

 

Epidural mempunyai keberkesanan yang tinggi untuk melegakan kesakitan dan Ibu akan sedar semasa proses kelahiran antara fungsi Epidural diperlukan 

 

Antara kesan sampingan Epidural ialah : 

  • Sebilangan kecil mengalami kesukaran membuang air kecil. 
  • Sesetengah wanita berasa sejuk atau gatal. 
  • Boleh terjadinya penurunan tekanan darah  
  • Rasa pening dan mual 
  • Risiko memerlukan forsep atau vakum untuk membantu kelahiran. 

 

Walaubagaimanapun, tidak semua Wanita sesuai menggunakan epidural terutamanya bagi Wanita yang mengalami masalah thrombosis (masalah darah beku) dan Wanita yang alah pada anaesthesia. 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »