Skip to content

Blog: Adakah Saya Hamil? Periksa Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Date Release: 18/10/2023

Adakah Saya Hamil? Periksa Tanda-Tanda Awal Kehamilan

Setiap pasangan pasti ternanti-nantikan kehadiran cahaya mata dalam hidup mereka. Bagi anda yang pertama kali hamil, pasti tercari-cari apakah tanda-tanda awal memungkinkan diri anda hamil. Tanda-tanda awal kehamilan adalah berbeza bagi setiap wanita, dan sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza. Malah sebahagian wanita yang lain mungkin tidak mengalami apa-apa gejala diperingkat awal kehamilan.

Antara gejala-gejala awal yang biasa dialami oleh wanita hamil ialah

1) ‘Missed Period’ atau Terlepas Haid
Tanda kehamilan yang paling biasa ialah terlepas haid. Apabila persenyawaan telah berlaku, badan anda menghasilkan hormon yang menghentikan ovulasi dan menghentikan fasa pengguguran lapisan rahim anda (haid). Ini bermakna kitaran haid anda telah berhenti dan anda tidak akan datang haid lagi sehingga selepas bayi anda dilahirkan.

2) Morning Sickness: Lebih tepat lagi ‘Morning-Noon & Night Sickness’. Anda merasa mual dan muntah (dikenali sebagai morning sickness) dimana ia biasanya berlaku diawal kehamilan dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang hari. Tidak semua wanita akan mengalami loya. Sesetengah wanita hanya merasa loya tetapi tidak muntah, manakala sesetengah lagi akan merasa loya dan muntah. Anda perlu pastikan diri anda kekal terhidrat.

3) Rasa Letih : Ramai wanita berasa sangat letih di awal kehamilan. Ia berlaku kerana tahap hormon progesteron yang tinggi.

4) Kerap Kencing: Wanita hamil mungkin mengalami peningkatan kkekerapan untuk membuang air kecil, terutamanya semasa peringkat awal dan diakhir kehamilan. Ini berlaku kerana anda semasa mengandung, bekalan darah badan anda meningkat. Buah pinggang anda perlu menapis darah anda dan mengeluarkan sisa tambahan. Sisa ini meninggalkan badan anda sebagai air kencing.

5) Pening : Perubahan dalam peredaran darah dan tekanan darah semasa mengandung.

6) Perubahan Pada Payudara: Payudara anda terasa seperti bengkak dan puting juga mungkin berwarna gelap. Ini adalah perkara biasa semasa kehamilan awal.

7) Spotting : Spotting atau tompokan bewarna coklat atau maroon pekat boleh menjadi tanda bahawa embrio telah menempel di dalam lapisan rahim anda (Implantasi). Ia boleh bermula sekitar masa haid biasa anda hadir.

Sekiranya anda merasa diri anda hamil, anda boleh mengambil kit Ujian Kehamilan dan seterusnya melakukan pemeriksaan Ultrasound bagi memastikan diri anda benar-benar hamil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »