Skip to content

Blog: Warna najis bayi

Date Release: 25/10/2023

Warna Najis Bayi, Apakah Maksudnya?

Memantau warna najis bayi dapat memberikan gambaran tentang kesihatan mereka. Perubahan dalam warna najis juga kadangkala boleh menunjukkan perubahan dalam diet, pencernaan atau kesihatan keseluruhan mereka.

Contohnya, bayi mungkin mengalami masalah hati jika najis bayi tiba-tiba menjadi sangat pucat atau putih. Bagi bayi yang menyusu badan, najis yang berwarna hijau mungkin menunjukkan bahawa bayi mendapat banyak foremilk dan tidak mendapat cukup hindmilk.

Bagi bayi yang telah mula makan, najis berwarna hijau mungkin disebabkan oleh makanan tertentu yang mereka makan. Adalah penting untuk anda tahu bahawa warna najis juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, jadi sebarang kerisauan haruslah mendapat nasihat dan bimbingan yang betul dengan pakar.

Berikut adalah warna najis bayi dan apakah maksud setiap warna tersebut :

1) HijauTerang 

– bagi bayi yang menyusu susu ibu, jika najis kelihatan berbuih bermakna bayi mendapat terlalu banyak foremilk dan tidak cukup susu hindmilk yang berlemak

2) Kuning Terang

– Bagi bayi yang menyusui susu ibu, ini mungkin bermakna ia adalah kesan daripada ubatan atau makanan yang diambil oleh ibu

3) Kuning Mustard 

– Normal buat bayi samada yang minum susu ibu atau susu formula

4) Oren/Jingga

 – Bayi yang makan makanan berwarna jingga contohnya seperti carrot cenderung mempunyai warna najis oren/jingga.

– Bayi yang disusui dengan susu ibu juga mungkin didapati najisnya berwarna
jingga akibat ubatan yang dimakan oleh ibu atau kerana ibu makan makanan
mengandungi warna artificial.

– Secara amnya, ia tidak menunjukkan sebarang masalah. Tetapi, jika anda merasa risau, anda boleh mendapatkan nasihat pakar.

5) Merah

– Tompokan kecil berwarna merah pada najis bayi mungkin bermakna bayi anda sembelit dan meneran najis dengan kuat
– Najis berdarah atau merah terang mungkin menunjukkan jangkitan, alahan atau
kecederaan. Segera dapatkan rawatan.

6) Hitam

– Ia juga boleh disebabkan oleh zat besi dalam diet (buat bayi yang telah mula makan atau berusik setahun keatas). 
– Sekiranya anak anda tidak mengambil apa-apa suplemen zat besi, ia mungkin
menjadi tanda pendarahan di saluran GI. Segera berjumpa dengan doktor.
– Untuk bayi yang baru lahir adalah normal untuk mengeluarkan najis berwarna
hitam. Bagaimanapun, jika najis masih berwarna hitam pada hari ketiga, ia
mungkin tanda bayi tidak mendapat nutrisi yang mencukupi atau tidak mencerna
susu dengan betul.

7) Kelabu

– Sekiranya bayi anda telah mula makan, ia mungkin disebabkan oleh pemakanan. Tetapi jika bayi anda belum mula makan, dapatkan pemeriksaan pakar kerana ia mungkin disebabkan oleh masalah pada pundi hempedu.

8) Putih

– Sekiranya najis bayi sedikit berkapur, putih atau kelabu boleh menjadi petanda hati tidak berfungsi dengan betul.

9) Hijau Gelap

– Iron dalam susu formula bayi kadangkala boleh menggelapkan najis bayi, ini tidak perlu dirisaukan.

10) Hijau Kekuningan

– Najis biasa juga boleh mendapat warna seperti Hijau Kekuningan. Tetapi jika bayi anda kelihatan seperti tidak selesa, meragam, atau perut kembung mungkin ini
bermakna bayi anda mempunyai alahan dengan susu lembu dalam susu formula.

Anda boleh mendapat gambaran banyak tentang kesihatan bayi dengan memantau warna dan konsistensi najis mereka. Ada beberapa tanda jika anda dapati kelainan anda harus segera dapatkan nasihat pakar :

– Najis bayi keras
– Najis bayi berwarna putih, kelabu
– Bayi yang menyusu dengan susu ibu tidak membuang air besar selama lebih tiga
hari
– Bayi yang diberi susu formula tidak membuang air besar selama lebih lima hari
–  Najis bayi berwarna merah atau hitam  

Pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat bayi. Sentiasa pantau sebarang kelainan pada bayi anda. Dapatkan rawatan dan nasihat pakai jika perlu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »