Date Release: 8/8/2023
MEGACYSTIS pada janin dalam kandungan
Dengar pun dah tertanya-tanya apa tu Megacystis kan?
Megacystis adalah pundi kencing yang lemah dan besar daripada normal (dinding pundi kencing yang tebal) dan ia dapat dikesan melalui Sono Ultrasound.
Kebanyakannya, janin yang dikesan mengalami Megacystis ini juga mengalami beberapa kecacatan genetik yang lain. Dan ini adalah sangat jarang berlaku.
Terdapat beberapa punca terjadinya Megacystis ini yang mengakibatkan kerosakan bagi fungsi buah pinggang bayi.
Antara punca Megacystis ialah:
-
Non obstructive : Sindrom perut (Prune), Sindrom Megacystis Microcolon Intestinal Hypoperistalsis (MMIHS), Abnormalities pada kromosom seperti Trisomi 13 & Trisomi 18.
-
Obstructive : Atresia Uretra, Obstructive Megacystis yang tidak hadir bersama masalah lain dapat dirawat.
Walaupun kebanyakan kes Megacystis ini hadir bersama masalah kromosom yang lain, ujian Amniocentesis akan dijalankan bagi mengesahkan punca nya. Masalah berkaitan kromosom ini dapat dikesan semasa Nuchal Translucency Scan (NT Scan) iaitu dengan mengukur bendalir cecair pada leher bayi.
Sono Ultrasound adalah kaedah yang penting bagi mengesan masalah Megacystis ini. Dan analisis lanjut adalah perlu untuk mengesahkan punca Megacystis.