Date Release: 10/8/2023
Rahim bercabang dan kehamilan
Sesetengah wanita dilahirkan dengan kondisi rahim yang berbeza. Rahim yang normal berbentuk seakan buah pear dan ia terletak dalam ruang pelvis.
Manakala buat sesetengah wanita lain, mengalami keadaan rahim seperti:
- Bicornuate : Rahim bercabang
- Agenesis : Rahim tak terbentuk
- Didelphys
- Unicornuate uterus
- Septate
- Arcuate
Tahukah mommies, bentuk rahim mempengaruhi keadaan bayi dalam kandungan?
Bicornuate Uterus
Ialah apabila rahim bercabang dan berbentuk seperti jantung. Wanita yang mengalami masalah rahim seperti ini, ada yang berpeluang untuk hamil tetapi adalah sangat berisiko dan langkah berjaga-jaga perlu sekiranya hamil.
Sekiranya hamil, wanita yang mempunya rahim bercabang ini berisiko untuk:
1. Kelahiran Pramatang/Premature Labour
2. Keguguran
3. Bayi Songsang
Rahim bercabang/bicornuate uterus ini boleh menyebabkan keguguran yang berulang dan kemungkinan bayi dilahirkan dengan kecacatan.
Ia boleh menyebabkan pengecutan rahim yang tidak teratur.
Bicornuate uterus ini dapat dikesan melalui Sono Ultrasound-scan rahim.
Wanita yang mengalami keadaan rahim bercabang ini sekiranya didapati hamil, perlu melalui sesi Sono Ultrasound yang kerap dan pemeriksaan rawatan yang rapi.
Kelahiran bayi bagi ibu bicornuate uterus ini, adalah melalui kaedah cesarean.