Date Release: 5/9/2023
𝗕𝗿𝗮𝗰𝗵𝘆𝗱𝗮𝗰𝘁𝘆𝗹𝘆 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗷𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗮𝘆𝗶
Brachydactyly merujuk kepada jari tangan dan kaki yang pendek dan tidak seimbang, berpunca dari kecacatan oleh dysostosis tulang.
Kecacatan jenis Brachydactyly ini berpunca dari genetik dan ia diwarisi oleh anak-anak. Brachydactyly ini adalah dominan autosomal, yang bermaksud hanya memerlukan satu ibu/bapa dengan gen untuk mewarisi keadaan tersebut.
Terdapat beberapa kategori Brachydactyly yang dikategorikan mengikut tulang dan jari yang terjejas :
Type A – A1, A2, A3
Pemendekkan jari pada tengah tulang jari (jari kelihatan separuh dari saiz asal jari)
A1 : Pemendekkan di bahagian tengah phalang jari (pada semua jari)
A2 : Jari telunjuk dan jari kelingking yang pendek
A3 : Hanya jari kelingking yang pendek
Type B
Type B kecacatan pada hujung jari kelingking. Ia berlaku pada jari kaki dan juga jari tangan. Tulang hujung pada setiap jari adalah pendek atau hilang sepenuhnya. Kuku juga tiada.
Type C
Type C adalah jarang berlaku dan jenis Type C ini menjejaskan jari telunjuk, tengah dan kelingking
Type D
Type D dianggap biasa dan ia hanya menjejaskan ibu jari. Hanya tulang hujung ibu jari yang pendek tetapi semua jari adalah normal.
Type E
Jenis E brachydactyly adalah yang paling jarang berlaku sekiranya ia tidak disertai dengan gangguan lain. Type E adalah kecacatan pada tulang di tangan dan kaki yang ketiga dan keempat. Kesannya ialah tangan atau kaki kecil.
Untuk sesetengah kes, jika brachydactyly yang dihadapi agak teruk, ia boleh menghadkan fungsi tangan atau akan menghadapi kesukaran berjalan. Pembedahan dan terapi fizikal adalah kaedah yang biasanya diperlukan.
Brachydactyly biasanya dikesan sewaktu anomaly scan. Bergantung kepada posisi bayi.