Skip to content

Date Release: 28/7/2023

 

Ehh banyaknya D, ada beza ke scan 2D, 3D, 4D, 5D dan 6D? 

 

Ya, ada beza tau mommies! Jom tengok apa beza Sono Ultrasound ni semua. Makin banyak D, makin canggih ke?

 

dreamstime m 21192833

Sono Ultrasound scan 2D 

Scan 2D dikenali sebagai imej hitam putih atau B-mode Ultrasound. Full Detail Scan, Growth scan, 2D partial detail scan menggunakan Sono Ultrasound 2D bagi melihat organ dalaman baby. Biasanya, scan yang dilakukan di klinik dan hospital adalah dalam bentuk 2D.  

 

 

3D4D

Sono Ultrasound- Scan 3D 

Imej dari Sono Ultrasound 3D adalah lebih jelas berbanding 2D. Sono Ultrasound 3D terdapat warna dan imej adalah statik. Sono Ultrasound 3D adalah lebih kepada melihat wajah,jantina dan badan baby (gambaran luaran bayi) Tapi ini bergantung kepada posisi bayi juga ya  

 

 

Sono Ultrasound- scan 4D 

Imej dari Sono Ultrasound 3D tadi, dapat direkod menjadi video terhasillah dalam bentuk 4D. Masa ni lah, mommies dapat tengok bila baby buka mata, baby senyum, menguap dan macam-macam lagi mimik muka. Comel kan 

 

 

5D 2

Sono Ultrasound scan 5D / HD 

5D scan adalah inovasi dari 4D sono ultrasound scan. Imej bagi 5D adalah lebih cantik, jelas dan seakan-akan realiti dan ia berbeza dari segi lighting.  

 

 

6D Scan 01

Sono Ultrasound 6D 

Sono Ultrasound 6D dapat dilihat melaluikacamata 3D’ supaya imej bayi dapat lihat lebih realistik 

 

 

Jadi mommies dah dapat gambaran apa beza Sono Ultrasound 2D, 3D, 4D, 5D, dan 6D? Bolehlah mommies decide nak buat scan yang mana nanti. 

Translate »