Date Release: 17/7/2023
APA YANG PERLU IBU TAHU TENTANG DETAILS SCAN.
JOM PERIKSA POINT NOMBOR TUJUH
𝗤1 : 𝗔𝗣𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗟𝗔𝗜𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗖𝗔𝗡
Detail Scan juga dipanggil Detailed Anomaly Scan dan Fetal Anomaly Scan.
𝗤2 : 𝗔𝗣𝗔 𝗙𝗨𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗖𝗔𝗡
Detail Scan bertujuan untuk membuat imbasan Sono Ultrasound dengan terperinci semasa hamil digunakan untuk mengetahui sama ada bayi dalam kandungan mempunyai struktur organ atau badan yang tidak normal.
𝗤3 : 𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟 𝗦𝗖𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗖𝗔𝗖𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗝𝗔𝗡𝗜𝗡?
Kecacatan yang berpunca dari masalah genetik adalah sukar untuk dikesan, Bagaimanapun sekiranya ciri-ciri kecacatan itu dapat dilihat melalui Sono Ultrasound, contohnya:
– Down Syndrome : ventrikel otak, tiada tulang hidung atau tulang hidung kecil, Cecair pada belakang leher (dapat dikesan melalui Nuchal Translucency Scan)
**Info mengenai Down Syndrome
Ibu akan dirujuk kepada pakar untuk pemeriksaan lanjut dan hanya dengan beberapa jenis Ujian seperti Amniocentesis dapat me diagnosis jenis kecacatan.
𝗤4 : 𝗔𝗣𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗠𝗨𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟𝗦 𝗦𝗖𝗔𝗡?
Jika sebarang masalah ditemui atau disyaki, Ibu akan diberitahu mengenai hasil yang didapati melalui details scan dan sonographer akan merujuk anda kepada pakar. (Pemeriksaan lanjut dan beberapa jenis Ujian (sekiranya perlu) akan dilakukan bergantung kepada nasihat pakar.
𝗤5 : 𝗔𝗣𝗔 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟𝗦 𝗦𝗖𝗔𝗡
Mengetahui tentang keadaan sebelum kelahiran boleh membantu ibu bapa mempersiapkan diri dan boleh membantu untuk merancang rawatan selepas bayi dilahirkan.
Contohnya, jika bayi dikesan mengalami masalah yang memerlukan pembedahan sebaik sahaja bayi lahir, perancangan dan aturan boleh dibuat dan pembedahanq ini boleh dilakukan dalam masa beberapa jam pertama selepas kelahiran.
𝗤6 : 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗦𝗨𝗔𝗜
Usia kandungan 18-24 minggu. Usia kandungan yang semakin hampir dengan tarikh jangka bersalin atau bayi yang semakin membesar akan memberi limitasi untuk melihat dan memeriksa bayi yang semakin padat didalam perut.
𝗤7 : 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟𝗦 𝗦𝗖𝗔𝗡 𝗡𝗜
Dalam Sono Ultrasound terdapat banyak jenis dan fungsi ia dilakukan. Antaranya Nuchal Translucency Scan, Growth Scan, dan termasuklah Details Scan. Semuanya adalah untuk memeriksa kandungan dan untuk mengesan masalah yang mungkin hadir bersama kandungan. Buat Ibu yang berisiko atau pernah memngandungkan bayi yang berisiko dan bermasalah sebelumnya digalakkan untuk melakukan details scan.
Sebelum membuat keputusan sama ada untuk melakukan sebarang jenis Sono Ultrasound, anda perlu mengetahui perkara yang boleh dan tidak boleh dikesan hanya melalui Sono Ultrasound serta fungsi dan usia kandungan yang sesuai. Jika kandungan Ibu didapati mempunyai masalah, penerangan akan diberikan. Imbasan Ultrasound tidak dapat memberi jaminan untuk mencari semua masalah.
Dalam sebilangan kecil kes, bayi dilahirkan dengan kelainan yang tidak dapat dikesan oleh imbasan.