Date Release: 18/7/2023
Berapa usia kehamilan anda?
Adalah penting untuk tahu usia kehamilan anda. Supaya dapat monitor perkembangan janin sesuai dengan usia kehamilan, dapat mengenalpasti masalah (sekiranya ada) dan agar dapat mengira tarikh jangkaan bersalin.
Cara mengira usia kehamilan:
1️ Mengikut tarikh Sono Ultrasound
2️ Mengikut tarikh Last Menstrual Period (LMP) iaitu tarikh pertama,last day period
Q : Tapi, kitaran period saya tak tetap atau saya tak ingat tarikh langsung!
A : Jadi, due date akan dikira mengikut Sono Ultrasound scan.
Tujuan LMP ditanya adalah supaya dapat mengira dengan menganggar usia kandungan dan due date.
Dating scan
Dilakukan pada awal kehamilan diantara minggu ke 8-12 kehamilan dapat menentukan tarikh jangkaan bersalin/due date dengan tepat dan perlu sekurang-kurangnya dua kali sesi Sono Ultrasound scan perlu dijalankan secara berkala.
Dating scan ini adalah untuk menentukan berpa minggu usia kehamilan anda. Melalui dating scan juga dapat mengesan samada terdapat kehamilan berganda (kembar) atau singleton (seorang) dan posisi kantung berada didalam rahim atau tidak.
Selepas usia kandungan 13minggu, ukuran menjadi kurang tepat kerana bayi sudah boleh membongkok dan memanjang. Maka ukuran kepala bayi (head circumference) akan digunakan untuk membuat ukuran
Sekiranya tarikh due date/tarikh jangka bersalin mengikut tarikh Sono Ultrasound, ia akan ditulis sebagai REDD pada buku pink mommies.
Adalah penting untuk ibu-ibu merekod tarikh pertama haid, berapa hari kitaran haid dan maklumat samada ibu menggunakan perancang kehamilan juga adalah perlu.
Kira-kira 5% bayi lahir tepat seperti tarikh jangkaan bersalin,dan yang lainnya mungkin lahir sekitar 3minggu sebelum kelahiran atau melebihi tarikh due date.